spot_img
spot_img

Alasan tidak menjangka banjir tidak boleh diterima rakyat

spot_img

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Abdul Latiff Ahmad semalam menjawab pengkritik yang menuduhnya tidak cekap menguruskan banjir sebagai telah “dipolitikkan”.

Abdul Latiff berdepan gesaan untuk beliau meletakkan jawatan berikutan dakwaan beliau gagal bertindak pantas dan tidak bersedia terhadap bencana banjir yang melanda kawasan utama di Lembah Klang, yang meragut 17 nyawa.

Abdul Latiff merupakan pemimpin Bersatu yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, menjaga portfolio Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), agensi yang menyelia usaha menyelamat dan bantuan bencana seperti banjir.

- Advertisement -

Beliau berkata kepada pemberita petang semalam bahawa banjir itu “di luar jangkaan”. Beliau dilihat seperti mempertahankan diri dan menepis dakwaaan kegagalan beliau.

“Kepada petugas barisan hadapan dan mangsa yang terjejas akibat bencana itu, ini adalah sesuatu yang tidak dijangka,” kata menteri itu pada sidang media.

“Justeru, saya rasa bencana itu tidak perlu dipolitikkan”,  tambahnya tanpa mengulas lanjut.

- Advertisement -

Latiff sebelum ini dipetik sebagai berkata, Nadma tidak terlibat secara langsung dalam menangani bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Agensi itu sebahagian besarnya peranan NADMA bertanggungjawab memberikan pampasan selepas diberikan maklumat oleh pihak berkuasa negeri yang berkaitan, katanya.

Kenyataan itu serta-merta mencetuskan pelbagai reaksi.

Sejurus selepas menteri mengumumkan kenyataan itu, beberapa laporan berita menyiarkan Angkatan Tentera dihantar lewat ke kawasan bencana banjir di sekitar Lembah Klang kerana kegagalan Nadma untuk menyelaras.

Abdul Latiff tidak menangani dakwaan itu pada sidang media hari ini.

Tinjaun Berita Tular kepada para pembaca, mereka tetap menyalahkan menteri yang bertanggungjawab. Nabil, 27 dari Setiawangsa berkata sebagai menteri, alasan untuk tidak menjangkakan banjir amat ‘melukakan hati rakyat’. “Ini bermaksud dia tidak peka, takkan pula banjir nak hantar email dahulu sebelum terjadi kepada pak menteri ?”, katanya dalam nada sinis.

Mangsa banjir yang kehilangan motosikal di Shah Alam akibat tenggelam arus air, Isma Noraini 22 tahun berkata, negara Malaysia yang kaya dan maju, tetapi tidak terurus di dalam menjaga bencana kebajikan rakyatnya. “Bayangkan kita mempunyai beberapa bangunan tertinggi di dunia, bernilai bilion dolar, tetapi apabila mengurus banjir pun tidak tersusun. Siapa yang rakyat nak harapkan ? Kami pelajar universiti pun boleh beri alasan”.

Jabatan Mateorologi juga mengeluarkan jangkaan bahawa 26 hingga 28 Disember, akan berlaku hujan berterusan kali ke dua. Penduduk di minta berhati-hati dan sentiasa memantau nasihat dari pihak kerajaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img