spot_img
spot_img

Tidak mahu kejuaraan dunia dari mahkamah

spot_img

Ketua Mercedes AMG Petronas F1 Team, Toto Wolff berkata, kemuncak kontroversi pada musim Formula 1 Ahad lalu di Abu Dhabi ialah “merompak” takhta Lewis Hamilton daripada kejuaraan dunia.

Dia berkata Lewis tidaka akan pernah lupa apabila F1 membuat keputusan akhir perlumbaan yang menyebabkan Lewis ‘terpaksa ikut’ Max Verstappen dari belakang.

Wolf masih belum menerima jaminan bahawa Lewis Hamilton akan kembali musim depan untuk berjuang pada gelaran kelapan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Bagaimanapun Wolff menyatakan: “Sebagai pelumba, hati Lewis akan berkata yang dia perlu meneruskan juga kerana dia kini berada di puncak permainannya”.

- Advertisement -

Wolff dan Hamilton memboikot makan malam gala petang Khamis semalam di ibu pejabat FIA di Paris.

“Kami berdua tidak akan berada di sana,” kata pengurus dari Austria itu yang mengesahkannya.

“Saya tidak akan berada di sana kerana kesetiaan saya kepada Lewis dan kerana integriti peribadi saya sendiri.”

- Advertisement -

Mercedes membuat dua rayuan sejurus selepas tamatnya perlumbaan dengan dramatik Ahad lepas di mana selepas berada di hadapan untuk kemenangan, Lewis Hamilton tiba-tiba mendapati dirinya dalam pusingan terakhir ‘bertarung’ dengan Verstappen.

Ia timbul selepas pengarah perlumbaan FIA Michael Masi memutuskan bahawa lima kereta antara Mercedes Hamilton dan Red Bull Verstappen boleh keluar menukar tayar.

Ia meninggalkan Verstappen, yang telah menukar tayar yang lebih segar, untuk melepasi Hamilton dan memenangi perlumbaan dan gelaran pertamanya.

Kedua-dua rayuan itu ditolak, dengan Mercedes kemudian mengumumkan hasrat mereka untuk membuat satu lagi rayuan, di mana mereka telah menarik balik pada Khamis semalam beberapa jam sebelum tarikh akhir rayuan.

“Kami percaya kami mempunyai kes yang sangat kuat dan jika anda melihatnya dari segi undang-undang jika ia akan diadili di mahkamah biasa, hampir pasti kami akan menang.

“Tetapi masalah dengan FIA ialah cara ia berstruktur, FIA tidak boleh mengakui kelemahan mereka sendiri.

“Dan terdapat perbezaan antara menjadi betul dan mendapatkan keadilan.”

Dia menambah: “Kami memutuskan bersama dengan Lewis untuk membantah, membuat rayuan, dan menarik balik rayuan.

“Tetapi anda boleh bayangkan bukan sahaja untuknya tetapi juga untuk kami sebagai sebuah pasukan, amat mengerikan untuk berdepan dengan keputusan yang menentukan kejuaraan dunia.

“Tetapi Lewis mahupun kami tidak mahu memenangi kejuaraan dunia di bilik mahkamah.”

Wolff berkata Hamilton mendahului perlumbaan, sehingga empat minit terakhir di mana kekacauan tersebut berlaku.

“Dia mendahului, dan merompaknya pada pusingan terakhir perlumbaan. Ini tidak boleh diterima.”

Beliau berkata bola kini berada di mahkamah FIA “untuk memutuskan cara untuk bergerak ke hadapan supaya keputusan ini dapat dielakkan”.

Wolff berkata, dirinya mahupun Lewis Hamilton tidak akan pernah lupa akan apa yang terjadi.

“Tidak mungkin kami akan melupakannya. Tetapi saya berharap kami berdua dengan seluruh pasukan dapat mengharungi cabaran ini, dengan FIA dan F1 memperbaiki sukan F1.

“Tetapi kami tidak akan lupa kesakitan dan kesusahan yang disebabkan pada hari Ahad lepas.”

Wolf secara tidak langsung mengatakan rayuan Mercedes tidak ditujukan kepada Verstappen dan Red Bull, tetapi merujuk kepada penggunaan buku peraturan secara “rawak” FIA.

“Keadaan ini tiada kaitan dengan Max.

“Dia adalah juara yang layak. pemanduannya luar biasa dan Red Bull adalah pesaing yang sengit dan saya amat menghormati mereka di sana.”

 

foto : The Guardian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img