spot_img
spot_img

Tesla nafi sistem auto pilot penyebab kemalangan ragut nyawa

spot_img

PARIS, 15 Dis – Tesla memaklumkan kerajaan Perancis bahawa tiada bukit yang kemalangan maut di Paris  di mana melibatkan teksi Tesla Model 3 berpunca daripada kesilapan teknikal.

Syarikat teksi Paris G7 telah menggantung penggunaan 37 kereta Model 3 dalam syarikatnya selepas kemalangan pada petang Sabtu lalu, yang melibatkan salah seorang pemandunya.

BFM TV melaporkan bahawa pemandu itu telah diletakkan di bawah siasatan rasmi kerana dituduh menyebabkan kemalangan membawa maut. Di bawah undang-undang Perancis, penyiasatan rasmi bermakna terdapat “bukti yang serius atau konsisten” yang membabitkan suspek dalam jenayah. Ia adalah satu langkah lebih dekat kepada perbicaraan, tetapi penyiasatan sedemikian boleh digugurkan.

- Advertisement -

Seorang maut dalam nahas itu dan 20 cedera, tiga daripadanya parah.

Kini kerajaan Perancis sedang menunggu hasil siasatan kehakiman yang sedang dijalankan.

Masih dalam keadaan terkejut empat hari selepas kemalangan itu, saksi memberitahu Reuters kereta itu melanggar tiang besi, deretan basikal berbayar, tong kitar semula yang dipenuhi kaca dan melanggar pejalan kaki serta sebuah van sebelum akhirnya berhenti.

- Advertisement -

“Kami fikir ia adalah serangan pengganas. Ada kaca, habuk…seolah-olah ada letupan,” Tillard Diomande, yang sedang melayan pelanggan dari belakang barnya di sebuah restoran berdekatan, berkata.

Kenderaan itu, yang berhenti di lampu isyarat merah, tiba-tiba memecut ke hadapan, melanggar dan mengheret seorang penunggang basikal yang kemudiannya maut, kata sumber polis, memetik maklumat kejadian, dari saksi dan pengawasan video pemandu itu sendiri.

Pemandu Tesla itu didapati negatif dalam ujian alkohol, kata sumber polis.

Tidak jelas sama ada kereta itu beroperasi dalam mod Autopilot Tesla atau tidak di mana ia mempunyai fungsi automatik tertentu di dalam pemanduan kereta.

Menteri Pengangkutan Jean-Baptiste Djebbari memberitahu radio RMC bahawa dia telah bercakap dengan ketua eksekutif Tesla Europe, yang memberitahunya bahawa tiada amaran keselamatan mengenai Model 3.

Beliau menambah bahawa pembuat kereta itu, yang mengumpul data terperinci daripada sensor dan kamera pada kenderaannya, memberitahunya bahawa ia telah memberikan data teknikal yang berkaitan kepada penyiasat.

Tesla, yang berada di barisan hadapan dalam revolusi kenderaan elektrik dan pandu sendiri (auto pilot), mempunyai nilai pasaran hampir $1 trilion, tidak menjawab permintaan untuk komen dari agensi-agensi berita.

Timbalan Ketua Eksekutif G7 Yann Ricodel memberitahu Reuters kemalangan itu berlaku ketika seorang pemandu teksi yang tidak bertugas membawa keluarganya ke sebuah restoran. Pemandu itu cuba membrek tetapi sebaliknya kereta itu memecut, kata Ricodel.

Tahun lepas, pengawal selia keselamatan kenderaan di AS membuka semakan rasmi terhadap lebih 200 aduan mengenai pecutan mendadak kereta Tesla, tetapi pengawal selia kemudian berkata ia tidak menemui sebarang kecacatan dalam sistem Tesla, dengan mengatakan kemalangan itu disebabkan oleh “salah tekan pedal”.

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) tidak menganggap ada kecacatan perisian di dalam penyiasatannya, dan penyiasat Perancis perlu melihat perisian sebagai punca yang mungkin menyebabkan kemalangan, kata Philip Koopman, seorang profesor di Universiti Carnegie Mellon, dalam catatan blognya.

Video adegan yang diperoleh Reuters menunjukkan serpihan Tesla hitam dan serpihan bertaburan di seberang jalan. Bahagian kiri kenderaan itu renyuk, roda kiri hadapan rebah dan cermin depan pecah.

Kereta itu kelihatan bertembung dengan sebuah van putih, yang mengalami kerosakan bahagian hadapan. Rakaman lain yang tersebar di media sosial menunjukkan orang ramai merawat mangsa yang cedera dan terkejut selepas kemalangan itu.

Pengasas Tesla, Elon Musk dinamakan Man of The Year 2021 oleh kedua-dua majalah Time dan Financial Times kerana mencetuskan transformasi bersejarah di dalam industri automotif ke arah kenderaan elektrik, dan juga menghantar roket ke orbit dengan syarikat angkasa lepasnya.

Model 3 Tesla mendahului jualan kereta Eropah pada bulan September, menandakan buat kali pertama kenderaan elektrik berjaya menjadi jualan tertinggi dalam carta bulanan.

NHTSA berkata pada bulan Ogos ia telah menghantar pasukan untuk menyemak 31 kemalangan Tesla yang melibatkan 10 kematian sejak 2016 di mana ia mengesyaki ada kegagalan di penggunaan sistem bantuan pemandu lanjutan.

Bagaimanapun, Elon Musk telah berulang kali mempertahankan Autopilot dan pada bulan April lalu dia menulis di tweeter bahawa “Tesla dengan teknologi Autopilotnya mengurangkan kemalangan sebanyak 10 kali lebih rendah daripada kenderaan biasa.”

 

foto : BFMTV

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img