spot_img
spot_img

MKT UMNO kecewa keputusan mahkamah rayuan

spot_img

PWTC 8 Dis : Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi mengeluarkan kenyataan media bahawa badan itu berasa kecewa di atas keputusan rayuan kes SRC Dato’ Sri Najib Tun Razak oleh Mahkamah Rayuan semalam.

Menurut kenyataan itu, MKT UMNO berharap Mahkamah Persekutuan kelak dapat memberi keadilan di dalam kes ini. Mesyuarat itu berkata beberapa tokoh UMNO yang dituduh selepas Pilihanraya Umum yang ke 14 itu bermotifkan politik.

MKT UMNO masih percaya bahawa sistem kehakiman negara perlu sentiasa menjunjung prinsip keadilan yang tertinggi dan diadili dengan saksama.

- Advertisement -

Di samping itu, mesyuarat semalam juga turut mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 13-15 Januari 2022 nanti diadakan secara hibrid (gabungan kaedah bersemuka dan maya). Ini untuk mematuhi SOP penjarakkan sosial yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)

MKT UMNO juga melahirkan rasa terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam kemenangan Pilihanraya Negeri Melaka baru-baru ini. Mereka berharap kerajaan negeri Melaka yang baharu di bawah kepimpinan UMNO negeri dapat melaksanakan tugas sehabis baik bagi memastikan kemajuan rakyat di negeri Melaka.

foto : sumberkini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img