spot_img
spot_img

Sabitan hukuman kekal, tetapi perlaksanaan ditangguh – SRC

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas.

Mahkamah Rayuan turut sahkan Najib melakukan penyelewengan RM42 juta dana SRC.

- Advertisement -

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas bekas perdana menteri itu dan mendendanya RM210 juta pada Julai tahun lepas.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan salah dalam mengarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membela diri dalam tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib, 68, didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana melakukan kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

- Advertisement -

Beliau mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan untuk memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011 dan 2012.

Sejumlah RM42 juta telah didepositkan ke dalam akaun banknya antara Disember 2014 dan Februari 2015, perbicaraan telah didengar sebelum ini.

Hukuman di bawah Seksyen 24 Akta itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai rasuah atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Namun, untuk sementara waktu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi membenarkan permohonan peguam belanya untuk menagguhkan perlaksanaan hukuman.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Mahkamah turut mengekalkan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Najib sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu dengan jaminan RM2 juta, pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan perlu lapor diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Wang jamin tersebut telah dibayar selepas beliau disabitkan di Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuan.

Terdahulu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan merupakan peluang terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya. –

WACANA/UTUSAN ONLINE

comments

Terkini

spot_img
spot_img