spot_img
spot_img

Najib masih ada peluang jadi PM

spot_img

Putrajaya 8 Dis : Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan bersalah ke atas kes SRC Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pagi tadi.

Menurut Tun Dr Mahathir pada posting di facebooknya, penangguhan menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta itu tidak bercanggah dengan undang-undang kes jenayah kerana pihak pembelaan akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Ini mungkin mengambil masa setahun atau lebih menurut mantan Perdana Menteri dari Pakatan Harapan itu.

- Advertisement -

Beliau juga menimbulkan persoalan adakah Najib berhak hadir ke parlimen, atau terus menjadi ahli Parlimen Pekan atau Najib masih juga berpeluang untuk bertanding di PRU 15 nanti ?

Menurut Tun Mahathir lagi, tidak mustahil Datuk Seri Najib boleh menang dan boleh menjadi Perdana Menteri sekali lagi jika ianya berlaku.

Undang-undang berkata ia tidak boleh menghalang perkara itu dari berlaku, maka secara sinis Tun Mahathir berkata “Alhamdulillah, Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan di anugerah jawatan Perdana Menteri”. Ia mengikut lunas undang-undang juga.

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img