spot_img
spot_img

Tekanan pengawal selia pada firma internet China

NEW YORK, 5 Dis — Pengumuman terbaru oleh syarikat e-hailing gergasi China; Didi Chuxing bahawa ia akan menyahsenarai sahamnya daripada Bursa Saham New York menandakan berakhirnya urusniaga lumayan antara Wall Street dan gergasi teknologi China. Tekanan semakin memuncak kepada syarikat teknologi tinggi China dari kedua-dua negara iaitu yang pihak berkuasa China sendiri, di Beijing dan pengawal selia di Amerika Syarikat.

Menurut sumber, Didi akan menyediakan penyenaraian saham di Hong Kong.

Langkah Didi ini berlaku akibat tindakan keras pengawal selia China pada tahun lalu yang telah menyekat pengaruh firma internet utama yang mempunyai pengaruh besar terhadap kehidupan pengguna — termasuk Alibaba dan Tencent.

- Advertisement -

Selepas pengumuman pada hari Jumaat lalu, platform online dalam talian China yang dijual di bursa New York, seperti Alibaba, JD.com dan Pinduoduo, jatuh dengan mendadak.

Saham Alibaba disenarai di Wall Street pada 2014 dengan sambutan yang meriah memulakan penyenaraian firma-firma China di negara itu – kini telah jatuh ke paras terendah apabila khabar angin penyahsenarai Didi tersebar dan kemungkinan Alibaba adalah seterusnya .

Secara teknikal, walaupun Didi Chuxing memindahkan penyenaraiannya ke Hong Kong, pemegang sahamnya di New York mengekalkan pegangan tersebut. Pelaburan mereka tidak lenyap begitu sahaja.

- Advertisement -

Namun sumber mengatakan bahawa pelabur-pelabur bimbang berkenaan peraturan dan kerajaan China. Ia benar-benar menjejaskan sentimen keyakinan pelabur.

Secara kebetulan, pada hari Khamis lepas, pengawal selia pasaran AS mengumumkan untuk menguatkuasa peraturan yang membenarkan mereka menyahsenarai syarikat asing jika syarikat – syarikat itu gagal memberikan maklumat yang diminta oleh juruaudit.

Langkah itu ditujukan terutamanya kepada firma China, dan memerlukan mereka mendedahkan sama ada mereka “dimiliki atau dikawal” oleh kerajaan China.

Kebanyakan saham syarikat China yang disenarai di New York dipegang pelabur institusi, bukannya pelabur persendirian.

Bagin pemerhati pasaran pasaran pula, Didi, yang disifatkan sebagai Uber China, bukanlah gergasi teknologi negara itu yang terakhir untuk menyahsenarai dari pasaran saham New York.

Penganalisi percaya, bukan hanya Didi, tetapi lebih banyak gergasi internet China akan turut langkah ini kerana selama berbulan-bulan laporan telah melihat bagaimana parti komunis menguatkan cengkaman terhadap mereka.

Jika masih ingat, tidak lama selepas Didi menyenaraikan saham mereka di New York, platform tempahan online Full Truck Alliance dan platform carian kerja Kanzhun juga telah disiasat oleh badan pemerhati keselamatan siber China.

Kerajaan China juga telah mengetatkan peraturan mengenai syarikat yang menjual servis kelas pembelajaran di rumah. Ini telah menjejaskan syarikat itu untuk disenaraikan di New York.

Menurut angka dari agensi kerajaan AS, sejumlah 248 syarikat China disenaraikan di Amerika Syarikat, dengan gabungan modal pasaran sebanyak AS$2.1 trilion (RM8.9 trilion).

Namun kini sebahagian besar syarikat China telah berhenti meneroka pasaran IPO AS sejak Jun tahun ini, disebabkan kawal selia dan dasar di kedua-dua negara yang semakin ketat terhadap mereka.

Minggu ini Spark Education, firma pengajaran kelas kecil dalam talian Cina yang berkembang pesat, menarik balik IPO yang dirancangnya di AS.

Penganalisi pasaran berkata tekanan politik ke atas syarikat China ini agak sedikit aneh kerana syarikat-syarikat ini menjunam di pasaran saham, tetapi tidak pada pendapatan dan keuntungan mereka.

Mereka masih mengaut keuntungan. Keuntungan itu masih berkembang, menurut pakar teknologi.

Pertumbuhan pendapatan bagi tahun ini dijangka melebihi 30 peratus. Bukan untuk setiap syarikat, tetapi sedikit secara gabungan semua syarikat teknologi internet China. Tidak kira di mana saham itu berada, tidak kira di mana saham itu disenaraikan, syarikat-syarikat ini masih mengaut keuntungan.

comments

Terkini

spot_img
spot_img