spot_img
spot_img

Pemikir Strategi DAP bantah Shahidan umum cuti menang Piala Malaysia

spot_img

KL 2 Dis: Pengisytiharan cuti umum istimewa di Wilayah Persekutuan pada 3 Disember 2021 selepas pasukan KL memenangi Piala Malaysia dianggap sebagai mengganggu sektor sosial dan ekonomi bandaraya Kuala Lumpur, menurut Dr. Ong Kian Ming yang merupakan Penolong Pengarah Pendidikan & Strategi Politik parti DAP.

Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim, perlu sedar bahawa 90% daripada RM216 bilion keluaran KDNK Kuala Lumpur adalah dalam sektor perkhidmatan. Percutian yang tidak dijangka ini akan menyebabkan kerugian berjuta-juta hasil syarikat akibat banyak perancangan terpaksa dibatalkan.

“Sesetengah syarikat mungkin perlu membayar gaji lebih masa yang tidak dirancang untuk memastikan beberapa perkhidmatan teras mereka kekal dan berjalan semasa cuti umum ini”, kata Dr Ong.

- Advertisement -

Begitu juga dengan perjumpaan bersemuka mungkin terpaksa dibatalkan, tempahan untuk sesi latihan dan persidangan ditangguhkan, trafik pejalan kaki di pusat membeli-belah di KL akan berkurangan terutamanya bagi perniagaan yang bergantung kepada pekerja pejabat sebagai pelanggan, dan dianggarkan kehilangan sebanyak RM400juta sehari kesan cuti umum ini pada ekonomi Kuala Lumpur. Menurut Dr Ong ini tidak baik kerana Kuala Lumpur di dalam proses kebangkitan akibat wabak Covid19.

Antara lain lagi yang dinyatakan Dr Ong ialah mahkamah terpaksa diubah tarikh dan akan bersangkut paut dengan banyak pihak dan mahkamah lain, urusan dengan Putrajaya terpaksa ditunda dan perancangan anak ke sekolah serta ibubapa bekerja juga terganggu di dalam jadual keluarga.

Beliau tertanya-tanya sama ada Shahidan benar-benar memikirkan semua kesan-kesan ekonomi dan sosial ini ?

- Advertisement -

Dr Ong juga secara sini  berkata “Ia bukan seolah-olah Malaysia telah memenangi pingat emas Olimpik pertama kita atau mencapai sesuatu yang bersejarah di peringkat antarabangsa acara sukan”.

” Tindakan populis oleh Menteri ini membuatkan saya tertanya-tanya sama ada beliau tidak mempunyai idea lain untuk mempamerkan perubahan dasar yang ingin dibawanya untuk menjadikan KL sebagai bandar Bertaraf Dunia di bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan”, bidas Dr Ong lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img