spot_img
spot_img

MARA bina kondominium

spot_img

KOTA KINABALU: Mara Corp Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya Mara Inc Sdn Bhd, akan mengambil bahagian dalam projek pembangunan kondominium pertamanya di sini tahun depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembangunan bersama antara Mara Inc dan Axventure Sdn Bhd akan dimulakan pada suku pertama tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata projek bernilai RM500 juta itu termasuk dua menara kediaman tujuh tingkat, 441 unit rumah dan akan dibina di atas 5.48 hektar di kawasan Signal Hill di bandar ini.

- Advertisement -

“Projek ini juga akan dijadikan contoh inisiatif pembangunan perumahan di bawah program Malaysia My Second Home (MM2H) yang akan membawa banyak faedah kepada ekonomi Sabah melalui kemasukan pelabur dan pelancong asing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Mahdzir menghadiri majlis pecah tanah projek yang dicadangkan itu yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata projek yang dicadangkan itu akan meningkatkan landskap hartanah Kota Kinabalu, yang dijangka menggambarkan gaya hidup moden seiring dengan perkembangan semasa.

- Advertisement -

“Sebanyak 14 lot kedai berkeluasan 20,000 kaki persegi disediakan kepada peniaga yang akan dipilih mengikut kesesuaian aktiviti perniagaan berkonsepkan moden.

“Melalui projek ini, saya percaya Sabah akan dapat terus berkembang sejajar dengan aspirasi pembangunan luar bandar dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi tempatan,” kata Mahdzir.

Beliau berkata projek itu dijangka mewujudkan 2,000 hingga 3,000 peluang pekerjaan di negeri ini.

Sementara itu, Hajiji berkata projek kondominium itu akan menarik pelabur asing ke Sabah melalui program MM2H.

“Pembinaan projek itu tepat pada masanya kerana kerajaan negeri sedang giat mencari pelabur asing terutama dalam sektor pembuatan dan pelancongan,” katanya.

Ketua menteri berkata kerajaan Sabah mengalu-alukan pembinaan projek itu yang dijangka mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Sumber : Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img