spot_img
spot_img

Grab disenarai di Nasdaq

spot_img

SINGAPURA (2 Dis): Grab, syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara, membuat kemunculan pertama di pasaran saham Amerika Syarikat pada hari ini selepas rekod penggabungan bernilai $40 bilion dengan syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC) telah berjaya. Ini akan membangkitkan sentimen pelaburan yang sama di rantau yang lain bagi penggabungan ini.

Penyenaraian pintu belakang (backdoor listing) di Nasdaq menandakan kejayaan tertinggi setakat ini bagi syarikat Singapura yang berasal dari Malaysia yang berusia sembilan tahun itu. Ia bermula sebagai aplikasi pengangkutan dan kini beroperasi di 400 bandar di lapan buah negara, menawarkan penghantaran makanan, kemudahan pembayaran online, insuran dan produk pelaburan.

“Penyenaraian ini akan menjadi tumpuan utama untuk pasaran, terutamanya memandangkan potensi persaingan yang lebih agresif di masa hadapan,” kata Angus Mackintosh, seorang penganalisis yang menerbitkan platform penyelidikan Smartkarma.

- Advertisement -

Saingan Grab, termasuk firma internet serantau Sea dan Kumpulan GoTo Indonesia, juga semakin meningkat, dengan ekonomi internet rantau ini yang diramalkan akan meningkat dua kali ganda kepada $360 bilion dalam jumlah dagangan kasar menjelang 2025.

Grab diasaskan oleh Anthony Tan, ketua eksekutifnya, dan Tan Hooi Ling, yang membangunkan firma itu daripada idea untuk pertandingan perniagaan di Harvard Business School pada tahun 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anthony Tan, 39, berjaya mengembangkan Grab menjadi operasi serantau dengan pelbagai perkhidmatan, selepas melancarkannya sebagai aplikasi teksi di Malaysia pada 2012. Ia kemudiannya memindahkan ibu pejabatnya ke Singapura.

- Advertisement -

“Keindahannya ialah apabila anda menjadi aplikasi super (super app) serantau dan mana-mana pasaran kami yang mengalami masa sukar, kami boleh bernafas di negara lain yang menyokong perniagaan ini dengan sangat kukuh dan berdaya tahan,” kata Tan di Reuters Next.

Penyenaraian Grab memberikan bonus besar kepada pelabur awal seperti SoftBank Group Corp dan syarikat ride-hailing gergasi China Didi Chuxing, yang melabur seawal 2014.

Mereka kemudiannya disertai oleh pelabur -pelabur lain, seperti Toyota Motor , Microsoft dan bank Jepun MUFG. Uber menjadi pemegang saham Grab pada 2018 selepas menjual perniagaannya di Asia Tenggaranya kepada Grab selepas ‘pertarungan’ pasaran selama lima tahun.

Penganalisis perniagaan melihat prospek akan muncul banyak pemain dalam pasaran penghantaran makanan dan perkhidmatan kewangan Asia Tenggara, tetapi jalan menuju keuntungan boleh menjadi mencabar dan jangka masa panjang.

Pada bulan September lalu, Grab mengubah unjuran pendapatan setahun penuhnya, akibat ketidakpastian baharu terhadap sekatan wabak pergerakan.

Grab mengumpul $4.5 bilion bersama urus niaga SPAC ini, termasuk $750 juta daripada pelabur teknologi Silicon Valley Altimeter Capital Management dalam perjanjian bulan April lalu.

 

foto : generationt

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img