spot_img
spot_img

Pengangkutan awam percuma di Lembah Klang

spot_img

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Prasarana Malaysia Berhad hari ini melancarkan Pas Perjalanan Keluarga Malaysia bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan sistem pengangkutan awam merentas Lembah Klang mulai 1 Disember ini.

Dalam majlis pelancaran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pas Perjalanan Keluarga Malaysia — yang berharga RM15 — akan membolehkan empat orang daripada keluarga yang sama, mempunyai akses harian tanpa had menaiki LRT, MRT dan Monorel, serta BRT Sunway pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

“Pengangkutan awam juga memainkan peranan penting ke arah kejayaan Keluarga Malaysia.

- Advertisement -

“Selain sebagai platform untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini, ia juga berfungsi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pas perjalanan itu di KL Sentral.

Pengerusi Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata bahawa inisiatif Pas Perjalanan Keluarga Malaysia juga bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi Malaysia dengan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam dan berbelanja di pusat beli-belah dalam rangkaian rel dan bas Prasarana.

“Adalah menjadi harapan kami bahawa pas perjalanan ini akan menggalakkan pelancongan domestik menggunakan pengangkutan awam yang ada untuk meneroka semua tempat menarik di Lembah Klang, dan membantu ekonomi peniaga kecil di sekitar bandaraya ini unutk kembali bangkit selepas PKP.

- Advertisement -

Jamaludin pada masa yang sama berkata anak syarikat Prasarana, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd turut melancarkan Pakej Transit Perusahaan Kecil dan Sederhana.

“Butiran pakej ini akan diumumkan tidak lama lagi, dan dijangka mula beroperasi pada Mac 2022,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img