spot_img
spot_img

PRU 15 harus segera dan beri kelebihan pada BN

spot_img

SEREMBAN, 21 Nov — Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat adalah wajar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat bagi mendapat mandat baru daripada rakyat.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga berkata langkah itu akan memberi peluang terbaik kepada BN berdasarkan sentimen semasa rakyat terhadap BN.

Tambahnya, beliau telah menyampaikan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas BN memenangi pilihan raya negeri Melaka semalam.

- Advertisement -

“Saya bercakap dengan Perdana Menteri semalam bahawa kita perlu mempertimbangkan untuk mempercepatkan PRU15. Suka atau tidak, kita kena tunggu Julai depan kerana perjanjian (memorandum persefahaman antara kerajaan dan pembangkang) adalah sehingga tarikh itu.

“Ini pun kita tidak tahu kerana ramai yang kalah teruk di Melaka tidak pasti sama ada mereka akan berundur kerana apa-apa boleh berlaku dalam politik. Dinamik berubah setiap hari dan tidak tetap. Oleh itu, terpulang kepada BN dan Umno untuk membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) di sini hari ini.

- Advertisement -

Sementara itu, Mohamad berkata kemenangan BN dalam pilihan raya Melaka adalah keputusan rakyat negeri itu yang telah memberikan petanda jelas mahu kerajaan yang stabil menyediakan kesejahteraan dan kemakmuran negeri dan negara.

“Itu isyarat yang saya baca. Saya bersyukur dengan kemenangan itu tetapi ia adalah amanah besar yang diberikan kepada BN supaya kerajaan negeri Melaka yang baru mengamalkan tadbir urus yang baik.

“Saya harap ini juga sentimen di seluruh negara. Saya ingin berterima kasih kepada semua rakyat Melaka dan pengundi kerana mempercayai kami,” katanya.

Pada pilihan raya negeri itu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Mohamad berkata BN akan melakukan bedah siasat pada Isnin mengenai keputusan pilihan raya negeri Melaka dan sehubungan itu, Umno masih terbuka untuk meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img