spot_img
spot_img

Sektor pertahanan negara ditanda aras buruk kategori rasuah

spot_img

KUALA LUMPUR (16 Nov): Kerajaan Malaysia digesa untuk melihat secara serius akan budaya rasuah yang tinggi di dalam sektor pertahanan dan mula mengambil langkah untuk mengurangkan masalah itu selepas kajian menunjukkan Malaysia mendapat 45% atau penarafan D yang menunjukkan daya tahan institusi yang lemah terhadap rasuah.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, Presiden Transparency International Malaysia Dr Muhammad Mohan berkata sektor pertahanan, khususnya, telah lama dipegang sebagai ‘portfolio paling rahsia’ di dalam aktiviti kerajaan, berikutan sensitiviti dan rapatnya dengan kerajaan yang memerintah.

Ketelusan belanjawan, telah lama dihadkan, katanya. Semuanya secara umum sahaja pada bajet belanajwan pertahanan dan tiada pecahan perbelanjaan yang lebih jelas dan menyeluruh.

- Advertisement -

Beliau mengulas skor Malaysia pada Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) untuk 2020.

Penyelidikan itu dijalankan oleh Transparency International — Defence & Security.

GDI menilai negara-negara dengan institusi pertahanan mereka tentang sejauh mana kawalan untuk menguruskan risiko rasuah merentasi lima perkara utama dalam portfolio pertahanan: penggubalan dasar dan hal ehwal politik, kewangan, pengurusan kakitangan, operasi ketenteraan dan perolehan.

- Advertisement -

Antara pemerhatian utama terhadap skor rendah Malaysia adalah seperti berikut:

Pengawasan perundangan yang lemah terhadap belanjawan
Pembidaan berdaya saing rendah untuk perolehan
Tiada pemantauan bebas untuk menangani aduan
Kekurangan ketelusan data

Muhammad juga menggesa kerajaan untuk membuat pendedahan penuh kepada orang ramai mengenai penghantaran Littoral Combat Ship dan helikopter McDonnell MD503G kerana projek-projek ini telah lama tertangguh dan sudah tentu ia melibatkan wang pembayar cukai.

“Menunjukkan ketelusan dan mempunyai akauntabiliti dalam kedua-dua kes ini akan menunjukkan bahawa kerajaan serius terhadap tadbir urus yang baik dalam sektor pertahanan,” katanya.

Di peringkat global, New Zealand berada di tempat teratas dengan skor 85% dan negara yang lebih teruk ialah Sudan dengan skor 5%.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img