TERKINI
Politik

Tidak semua ahli politik sama – Wan Saiful

November 15, 2021 12:37 am – Zulkiflee Azmee

Shah Alam 14 Nov : “Tak semua ahli politik itu sama. Melaka adalah contoh terbaik yang ahli politik itu berbeza-beza”, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berucap di Pentas Penerangan PN bagi PRN Melaka di hadapan kepimpinan Bersatu, PAS dan Gerakan malam tadi.

Kenyataan itu muncul setelah menyedari bahawa kemungkinan terdapat penurunan peratusan keluar mengundi bagi rakyat Melaka pada pilihanraya kecil kali ini. Desas-desus mengatakan yang rakyat Melaka sudah muak dengan ahli politik yang telah menyusahkan mereka hingga terjadinya pilihanraya yang tidak sepatutnya berlaku di waktu ini.

“Perikatan Nasional bukanlah pihak yang inginkan pilihanraya kecil ini, tetapi orang lain yang menyebabkannya”, sambil beliau merujuk kepada Adun UMNO yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri dari parti mereka sendiri.

Kata Wan Saiful lagi, objektif PN tetap sama iaitu mahu mengembalikan kestabilan ekonomi negara dan membangunkan semula semua sektor ekonomi yang merudum akibat PKP sebelum ini.

“Parti lain.. orang lain yang bergaduh , rakyat Melaka yang susah”, tegas Wan Saiful.

Jadi beliau menyeru rakyat negeri Melaka untuk membezakan siapakah yang sebenarnya yang ingin merebut kuasa dan siapa yang sebenarnya mahukan kestabilan.

Sebelum itu, gabungan PN telah melancarkan buku Buku Ikrar Prihatin Rakyat Melaka Bangkit Gemilang. Ia dilancarkan oleh Presiden Perikatan Nasional iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
bestride
wa

covid
doc24