spot_img
spot_img

Tiada lagi kedai nombor ekor di Kedah, Guan Eng kata kaum minoriti dibuli

spot_img

Alor Setar, 14 Nov — Semua kedai menjual nombor ‘ekor’ di Kedah tidak akan diperbaharui lesen perniagaan mereka oleh pentadbiran kerajaan PAS Kedah.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata langkah itu bertujuan “untuk menangani penyakit akibat perjudian”.

Dengan berseloroh, MB Kedah itu berkata,  “Yang nak beli boleh ke Pulau Pinang,” katanya selepas membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

- Advertisement -

Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri berkata Kedah bebas berjudi selagi beliau kekal sebagai menteri besar.

Beliau berkata, sebagai pemimpin beliau tidak mahu dipersoalkan kelak di akhirat jika tidak membendung kegiatan tersebut.

Pemilik kedai judi mengaut keuntungan, dan kesan judi turut juga dirasai oleh rakyat termasuk bukan Islam juga, kata beliau.

- Advertisement -

Menurut Sanusi lagi, beliau sedang mempertimbangkan untuk melarang penjualan aram di negeri ini kerana menurutnya arak mendapat permintaan yang sangat rendah di sini.

Namun beliau memberi jaminan bahawa orang bukan Islam tidak akan terjejas dengan larangan penjualan arak di negeri ini.

Di dalam perkembangan yang sama, DAP meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan menteri MCA, GPS dan MIC menjelaskan sama ada mengharamkan kedai judi 4D dan penjualan arak kepada bukan Islam adalah dasar baharu Keluarga Malaysia.

Menerusi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pengharaman aktiviti sedemikian akan dilihat sebagai percubaan PAS untuk memaksa nilai ekstremisnya terhadap bukan Islam bertentangan dengan kepelbagaian dan masyarakat majmuk.

Guan Eng menggelar keputusan kerajaan Kedah itu sebagai satu bentuk ‘kuasa polis moral’ dan menafikan kebebasan memilih bagi orang bukan Islam.

Guan Eng juga berkata yang MB Kedah itu telah membuli kaum minoriti di negeri ini.

 

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img