spot_img
spot_img

PH risau orang Cina tidak keluar mengundi – PRN Melaka

spot_img

Melaka 14 Nov— Pakatan Harapan bimbang peratusan keluar mengundi akan berkurangan terutamanya pengundi – pengundi Cina. Ini kerana mereka mungkin takut kepada Coronavirus atau sibuk mengembalikan perniagaan mereka ke landasan betul selepas lockdown yang lama. Manakala sumber memberitahu berita-tular, calon-calon parti Gerakan dari gabungan Perikatan Nasional pula berharap pengundi Cina tidak keluar, supaya sokongan padu orang Cina kepada PH tidak sampai ke tahap kemenangan.

Tinjauan yang dilakukan oleh berita-tular, rata-rata rakyat Melaka berkata pilihanraya ini menyusahkan dan tidak perlu diadakan sekarang. Satu lagi terdapat pula golongan yang marah dengan ahli politik yang menumbangkan kerajaan negeri baru-baru ini.

Logiknya mudah. Rakyat mahu semuanya teratur dahulu selepas PKP yang panjang tempohari. Banyak perniagaan terjejas dan sumber pendapatan hilang. Kini apabila semua sektor dibuka, pilihanraya pula bakal diadakan. Ia menimbulkan keresahan kepada rakyat setempat.

- Advertisement -

Sumber dari parti DAP pula berkata mungkin peratusan keluar mengundi turun hingga ke bawah 40 peratus pada hari pengundian nanti.

Rakyat bertanya, adakah ahli-ahli politik ini betul-betul jujur untuk memberikan perhatian kepada orang ramai untuk mencari rezeki atau hanya ingin memastikan kuasa dan jawatan mereka terjamin ? Adakah ADUN yang menarik sokongan tempohari tidak menyedari bahawa ramai yang cuba untuk memulakan semula perniagaan mereka, mencari pekerjaan baru setelah diberhentikan semasa lockdown atau menyelesaikan isu-isu asas yang lain.

Walaupun tempat seperti Jonker Street atau bandar Melaka nampak kehadiran pelancong perlahan-lahan telah kembali, tetapi bukannya di seluruh Melaka. Bahagian lain negeri Melaka masih bergelut untuk memulakan semula kehidupan mereka untuk kembali normal.

- Advertisement -

Rakyat Melaka sedar bahawa penting untuk keluar mengundi, tetapi jika selepas pengundian, mereka ditipu sekali lagi oleh ADUN yang melompat parti atau menarik sokongan kepada kerajaan yang tertubuh, inilah faktor rakyat Melaka tidak mahu lagi keluar mengundi pada kali ini. Mereka sudah muak.

Sumber yang diperoleh dari kempen politik PH yang bersama dengan jentera pilihan raya DAP di DUN Gadek, sentimen keseluruhan di kalangan pengundi adalah “sikap tidak ambil peduli”.

“Ini bukan masa terbaik untuk bercakap tentang politik. Ia mungkin menyeronokkan bagi ahli-ahli politik yang mengidamkan kemenangan. Tetapi bagi para pengundi, ramai berasa keluar mengundi pada hari Sabtu depan adalah tidak berbaloi, kerana kemungkinan ADUN yang menang akan melompat semula. Senario atau sikap pengundi kali ini membimbangkan PH terutamanya DAP.

Empat ADUN yang menarik sokongan mereka kepada ketua menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali bulan lepas, dan merekalah penyebab pilihan raya negeri ini berlaku. Empat ADUN itu ialah Datuk Seri Idris Haron, Datuk Nor Azman Hassan, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Datuk Noor Effandi Ahmad.

Kini Idris dan Nor Azman, kedua-duanya bekas wakil rakyat Umno, masing-masing bertanding di bawah payung PH untuk kerusi DUN Asahan dan Pantai Kundor.

Penyokong-penyokong PH mempersoalkan kenapa Idris dan Nor Azman diterima dalam PH ? Mereka inilah penyebab jatuhnya kerajaan negeri. Mereka ini digelar ‘katak’. Alasan yang diberikan oleh pemimpin PH adalah; supaya kemenangan PH lebih banyak. PH berharap 2 calon bekas ADUN UMNO ini dapat memberikan kekuatan pada PH dari segi bilangan kerusi DUN kelak.

Kerajaan Melaka akan ditentukan oleh 495,195 pengundi di negeri itu, dengan pengundi wanita melebihi lelaki sebanyak 254,666 atau 51.43 peratus.

Data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mendedahkan bahawa 76.1 peratus pengundi berdaftar di Melaka berumur antara 21 dan 59 tahun.

SPR juga telah mengeluarkan 7,601 undi pos kepada mereka yang layak mengundi melalui pos bagi pilihan raya negeri.

Bagi pihak UMNO dan Bersatu pula, mereka agak bimbang dengan pengundi veteran, yang mungkin tidak akan keluar mengundi kerana bimbang kepada jangkitan Covid19 ketika bersesak-sesak mengundi.

Ini adalah kebimbangan utama bagi DUN-DUN di luar bandar Melaka, seperti Tanjung Bidara, Lendu, Kuala Linggi dan Taboh Naning, yang merupakan kawasan majoriti Melayu di negeri ini.

Di kampung biasanya, pengundi-pengundi akan mendengar nasihat ketua keluarga untuk memilih siapa wakil rakyat mereka. Tetapi kali ini, nasihat ketua keluarga lebih kepada berhati-hati di waktu Covid19.

AMungkin ada yang tidak membenarkan anak-anak mereka untuk keluar mengundi kerana risiko masih terlalu tinggi untuk ketempat awam yang ramai orang, masih terdapat varian berbahaya. Pastinya mereka ingin mengelakkan penyebaran semula virus kepada cucu-cucu yang tinggal bersama.

Namun berita-tular yakin bahawa jumlah keluar mengundi di kawasan Melayu akan lebih tinggi berbanding kawasan bandar (kawasan Cina). Di sinilah battleground sebenar BN, PN, dan juga PH untuk memikat pengundi.

Kaedah berkempen juga telah berubah. Parti-parti politik tertumpu kepada kempen digital, video-video viral dan juga lori bergerak.

RUU akta lompat parti harus disegerakan !

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img