TERKINI
Politik

Pemimpin seru tolak kempen agresif & cabar-mencabar

November 14, 2021 10:28 am – Kamal Hafiz

Melaka : Kempen pilihanraya kecil di Melaka hendaklah dibuat di dalam suasana sederhana. Jangan terlalu agresif, penuh dengan ego atau cabar – mencabar antara satu sama lain.

Pendapat ini disuarakan oleh Menteri Komunikasi & Multimedia yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Yang paling penting adalah kempen ini perlu untuk memperkenalkan calon-calon yang diketengahkan oleh parti masing-masing kepada rakyat Melaka, tanpa menyerang atau menuduh antara satu sama lain.

Dengan situasi semasa di mana rakyat bergelut dengan Covid19, kempen politik yang mengetengahkan sikap kebijaksanaan, taktikal dan berdiplomasi adalah langkah yang boleh menarik keyakinan pengundi dan kena dengan konsep Keluarga Malaysia

Tan Sri Annuar Musa berada di program bual bicara live Agenda Massa semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan juga menekankan betapa pentingnya berkempen secara bersih, tidak menyerang peribadi dan memberitahu bahawa PN menawarkan kerajaan yang stabil kepada rakyat Melaka.

“PN menawarkan kerajaan yang berintegriti, bersih, harmoni … fokus kepada rakyat dan membangunkan ekonomi”, ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi PTPTN.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt, selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

 

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
bestride
wa

covid
doc24