Sebuah iklan yang menggunakan rambutan berbulu dan buah laici untuk mempromosikan pencukur bulu elektrik kepada lelaki telah membuatkan pelbagai persepsi.
Iklan Trim Your Rambut-an selama 20 saat yang pada asalnya dikeluarkan oleh Panasonic pada bulan Mac lalu, menarik pelbagai komen daripada rakyat Malaysia yang sememangnya sinonim dengan buah rambutan di negara ini.
Ada yang menganggap iklan ini sebagai bahan jenaka, ada yang berkata ianya bodoh kerana tidak sensitif dan mempersendakan makanan.
Ada juga pengguna twitter mempersoalkan mengapa ia dibenarkan diiklankan di Malaysia kerana tidak menjaga adab budaya timur. Tetapi ramai juga yang komen lebih terhibur dengan iklan nakal tersebut yang turut memaparkan seorang lelaki memakai tuala sahaja dan berdiri betul-betul di hadapan buah rambutan.
Lebih daripada 400,000 orang telah melihat iklan tersebut di YouTube setakat hari ini.