spot_img
spot_img

Ekonomi menyusut, salah Bapa Lockdown Malaysia – Najib

spot_img

Ampang 12 Nov : Dalam posting di FB bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan telah mengumumkan kadar pertumbuhan ekonomi bagi Suku ke 3 tahun 2021.

Malangnya ekonomi Malaysia menyusut sebanyak 4.5% bagi suku tahun lepas menurut posting tersebut.

Di dalam posting tersebut, Najib membuat perbandingan dengan negara-negara jiran, antaranya Indonesia, di mana ekonominya telah meningkat sebanyak 3.5%, Singapura 6.5% dan Filipina mengalami pertumbuhan sebanyak 7.1%.

- Advertisement -

Najib mahu kerajaan sebelum ini, iaitu kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengaku akan kelemahan ini, bukan hanya sekadar memberi nombor atau statistik sahaja. Ia tidak melambangkan kemusnahan dan kepahitan rakyat Malaysia pada waktu PKP tempohari, menurut Najib.

Bukan itu sahaja, dalam posting beliau, Najib memberi gelaran kepada Muhyiddin sebagai Bapa Lockdown Malaysia kerana “suka-suka buat lockdown separuh masak berbulan-bulan lamanya.”

Juga menjadi kritikan di waktu PKP tersebut di mana kilang-kilang dan tapak pembinaan boleh beroperasi tetapi kedai-kedai kecil ditutup.

- Advertisement -

Najib berkata, tempoh lockdown di Malaysia di waktu pentadbiran kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara yang paling panjang di dunia.

“Negara-negara jiran juga dicabar Covid tapi kita paling teruk dari segi kesan pada ekonomi, jumlah kes Covid dan kematian Covid berbanding saiz penduduk dan tempoh lockdown. Ini fakta”, kritik Najib di posting tersebut.

Kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, semua sektor telah dibenarkan beroperasi dengan mengikut SOP yang dibenarkan.

Rakyat muka menarik nafas lega kerana ekonomi, pekerjaan dan pendapatan kembali rancak.

Ada pendapat yang berkata hasil ini merupakan kawalan & perancangan yang baik di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dahulu. Hasilnya kini diraih oleh Perdana Menteri UMNO iaitu Ismail Sabri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img