spot_img
spot_img

Pilih biru original – serangan BN pada PN

spot_img

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Melaka supaya mengundi “biru yang asli”, dan bukannya tiruan, merujuk kepada gabungannya Perikatan Nasional (PN) yang terdiri dari Bersatu, PAS dan Gerakan.

Ahmad Zahid, yang juga presiden Umno, mengingatkan pengundi agar tidak mengulangi kesilapan yang sama iaitu memilih ‘harapan palsu’ yang ditawarkan oleh PN.

Zahid berkata walaupun warna biru kelihatan serupa, ia tidak sama.

- Advertisement -

Menurut beliau lagi parti politik mestilah dipilih untuk faedah jangka panjang yang jelas dan telah terbukti.

Umno sebelum ini berkata ia tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang mengetuai gabungan PN untuk pilihan raya negeri ini, dan pilihan raya umum ke-15.

Zahid seterusnya berkata bahawa 28 calon yang diletakkan daripada parti komponen Umno, MCA dan MIC gabungan itu adalah bukti kepada naratif politik BN berdasarkan perpaduan etnik dan keharmonian. Menurut beliau lagi keharmonian tersebut telah dirompak oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memenangi pilihanraya ke 14 lalu.

- Advertisement -

Di sebelah PAS pula, sebelum penamaan calon, mereka masih berharap bahawa UMNO tidak akan bertembung dengan PN di PRN Melaka kali ini. PAS dilihat masih mahu menjaga Maufakat Nasional. Namun pada masa yang sama, ramai akar umbi dari Bersatu dan UMNO melihat parti PAS cuba memilih jalan selamat atau bermain ‘2 kolam’. Akhirnya, PAS tetap memilih untuk menggunakan panji PN pada PRN kali ini.

UMNO dilihat seperti berdendam dengan parti pecahannya Bersatu. Sejak penubuhan Bersatu, objektif utamanya adalah untuk menjatuhkan pemimpin UMNO yang dikatakan korup. Terdapat beberapa ahli parlimen UMNO yang menyeberang ke Bersatu selepas tumbangnya kerajaan BN pada pilihanraya ke 14 lalu. Ini menjadi luka yang tidak boleh diubati bagi UMNO menurut ahli-ahli mereka.

Pengundian awal PRN Melaka adalah pada 16 November dan pengundian penuh pada 20 November.

Pilihan raya ini diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober, selepas empat ADUN menarik balik sokongan mereka kepada ketua menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img