spot_img
spot_img

Malaysia di tempat ke 10 dunia

PETALING JAYA: Malaysia berada di kedudukan ke-10 dunia, dengan 77 peratus penduduknya disuntik sepenuhnya, menurut kajian vaksinasi New York Times.

Emiriah Arab Bersatu menduduki tempat pertama di seluruh dunia, dengan 89 peratus penduduknya telah diberi vaksin sepenuhnya setakat 8 Nov.

Ini diikuti oleh Portugal pada 87 peratus, Malta (85 peratus), Singapura (82 peratus), Chile (87 peratus), Kemboja (80 peratus) dan Sepanyol (79 peratus).

- Advertisement -

Ketua pegawai eksekutif ProtectHealth Datuk Dr Anas Alam Faizli mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana berada di kedudukan ke-10 dunia.

“Menurut The New York Times Coronavirus Vaccination Tracker mengkaji vaksinasi setiap negara, hari ini Malaysia menduduki tempat ke-10 di dunia untuk peratusan vaksin sepenuhnya. Tahniah Malaysia!” tweet beliau hari ini.

Menurut kajian itu, United Kingdom beradadi tempat ke-26 manakala Australia di tempat ke-28.

- Advertisement -

Amerika Syarikat berada di tempat ke-55.

Sehingga 8 Nov, kajian CovidNow Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa 50,402,399 vaksinasi Covid-19 telah diberikan, dengan 24,552,038 orang telah diberi vaksin sepenuhnya.

comments

Terkini

spot_img
spot_img