spot_img
spot_img

Bung sokong akta lompat parti, PM selamat tiba di Jakarta

spot_img

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Semua ahli Parlimen wajib menyokong RUU anti lompat parti yang dicadangkan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), apabila ia dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata cadangan itu perlu diterima bagi memastikan kestabilan politik dan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“Saya juga tidak suka orang melompat dan ketika orang melompat di Sabah, saya adalah orang terakhir berdiri yang tidak melompat. Kerana orang ramai melompat, maka Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) yang berada dalam kerajaan ketika itu pun digugurkan.

- Advertisement -

“Oleh itu kita mahu pilihan raya umum diadakan bagi menghentikan lompat-lompat dan ahli Parlimen Pengerang sedang merangka cadangan rang undang-undang anti-lompat parti.

“Saya menyokong penuh. Saya harap Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) turut menyokong. Kami tidak melompat. Jika kita menang, kita menang. Kalau kalah, apa nak takut. Lawan lagi lain kali,” kata Bung Moktar.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid mendakwa aktiviti lompat parti oleh beberapa ahli parlimen telah menyebabkan perubahan dalam kerajaan yang turut menjejaskan ekonomi negara.

- Advertisement -

Khalid berkata mereka yang melompat adalah pengkhianat.

Di berita yang selanjutnya pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah selamat tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan rasmi selama tiga hari di Indonesia, atas jemputan Presiden Joko Widodo.

Beliau diiringi oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Mereka disambut oleh Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia Nadiem Anwar Makarim dan Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah yang tiba lebih awal.

Turut hadir Ketua Urus Setia Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq dan Pengarah Kementerian Luar Negeri Indonesia bagi hal ehwal Protokol, Irvan Bukhari.

Perdana menteri dan delegasi Malaysia menginap di The Ritz-Carlton Jakarta, di Mega Kuningan di daerah pusat perniagaan Jakarta.

Ini merupakan lawatan pertama kali Ismail Sabri ke Indonesia sejak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Ismail Sabri dijadualkan untuk bertemu dengan presiden Jokowi di sini dan komuniti perniagaan Indonesia.

Perdana menteri juga dijangka menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman dan perjanjian antara kedua-dua negara dan mengadakan lawatan ke kemudahan ke industri pertahanan di Bandung.

Lawatan ini diadakan mengikut prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan oleh kedua-dua kerajaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img