spot_img
spot_img

Peraturan pilihanraya yang aneh di PRN Melaka

spot_img

MELAKA, 8 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peraturan berkempen ‘aneh’ dalam pilihan raya negeri Melaka.

Peraturan itu telah diperketatkan lagi berbanding pilihan raya lalu bagi mengelak berulangnya lonjakan kes Covid-19 selepas pengundian Sabah September lalu.

Antara aktiviti yang dilarang sekarang ialah walkabout dan ceramah — yang merupakan cara turun-temurun bagi calon-calon bertanding, terutamanya mereka dalam parti Pembangkang, untuk mendekatkan diri dengan pengundi-pengundi mereka.

- Advertisement -

Calon juga dilarang menggunakan lori atau van yang dilengkapi pembesar suara untuk menyampaikan ceramah mereka.

Bagaimanapun, mereka dibenarkan untuk bercakap dengan orang ramai dari trak dan van yang ada pembesar suara tetapi ia mestilah bergerak. Mungkin peraturan ini tidak mahu pengundi-pengundi berkumpul di sesuatu tempat.

Mesej-mesej suara melalui kenderaan bergerak juga dibenarkan.

- Advertisement -

Tetapi calon mesti memohon permit polis untuk menggunakan kenderaan bergerak tersebut semasa kempen mereka.

SPR mengehadkan setiap calon untuk membuka satu bilik gerakan sahaja sepanjang tempoh berkempen. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam bilik pada satu-satu masa juga mesti dikekalkan kepada separuh kapasiti penuhnya. Pusat-pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak dibenarkan beroperasi.

Menggantung kain rentang, bunting dan bendera sepanjang tempoh pilihan raya dibenarkan.

SPR mengehadkan bilangan orang yang dibenarkan mengedarkan risalah kempen kepada tiga orang. Walaupun begitu, pengedar mesti mengekalkan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter dari khalayak yang berdekatan.

SPR menegaskan semua yang terlibat dalam pilihan raya Melaka perlu menjalani ujian RTK Ag setiap dua hari.

Peraturan itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga tamat tempoh kempen rasmi pada 19 November.

Hari pengundian ditetapkan pada 20 November.

Melaka mempunyai 28 DUN dan 495,196 pengundi berdaftar. Daripada jumlah ini, 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki, dan baki 254,666 pengundi atau 51.43 peratus adalah wanita.

Ramalan penurunan jumlah pengundi akan berlaku pada PRN kali ini kerana rakyat Melaka menjangkakan situasi yang sama akan berlaku selepas pilihanraya, iaitu tiada parti yang menang majoriti. Menurut penganalisis politik berita-tular, masyarakat Melayu Melaka khususnya berharap tiga parti utama Melayu iaitu UMNO, PAS dan BERSATU boleh menang majoriti jika mereka sepakat dalam satu gabungan, seterusnya membentuk kerajaan negeri yang stabil.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img