Rappers Travis Scott dan Drake telah disaman kerana menyebabkan kemalangan selepas lapan orang terbunuh dan berpuluh-puluh lain cedera semasa konsert di Texas, firma guaman mengesahkan perkara ini pada Ahad lepas.
Firma tersebut ialah Texas Thomas J. Henry Law yang menulis di tweeter dan dilaporkan oleh Daily Mail mengenai saman itu, mengesahkan ia telah memfailkan “salah satu saman pertama dalam tragedi Travis Scott Astroworld Festival.”
Salah seorang plaintif ialah penonton konsert tersebut, Kristian Paredes yang berusia 23 tahun, di mana dia pun mengalami kecederaan di konsert itu pada malam 5 November.
Dianggarkan 50,000 penonton berada di Taman NRG Houston. Sumber mengatakan orang ramai menolak – menolak ke arah pentas ketika Scott membuat persembahan dan menyebabkan huru-hara.
Paredes yang bermastautin Texas, yang juga menyaman penganjur konsert Live Nation dan tempat acara berkenaan. Dia berkata bahawa dia ditolak ke depan ketika Travis Scott naik ke atas pentas. Seterusnya menyebabkan huru-hara dan tolak-menolak berlaku.
Kata Parades lagi, pengawal keselamatan yang diupah oleh Live Nation Entertainment tidak endah langsung berkenaan tolak menolak itu, walaupun para penonton meminta tolong.
Saman itu, yang difailkan di mahkamah Harris County Houston, mendakwa Scott “telah mencetuskan kekacauan dan huru-hara”.
Saman itu juga menuduh bintang rap Kanada Drake, yang turut bersama dalam konsert itu, menjadi satu faktor penyumbang kepada huru-hara tersebut.
Dakwa laporan itu, Drake terus membuat persembahan walaupun penonton menjadi tidak terkawal.
Peguam berprofil tinggi Ben Crump mengumumkan pada hari Ahad bahawa dia juga telah memfailkan saman terhadap Scott dan Astroworld.
Crump pakar dalam hak sivil dan kecederaan peribadi, dan telah mewakili kes berprofil tinggi termasuk mewakili keluarga mangsa keganasan polis, mendiang George Floyd dan Breonna Taylor.
Dijangkakan lebih ramai lagi akan memfailkan saman bagi pihak penonton konsert pada minggu akan datang.
Di dalam saman itu, Crump dan Hilliard mendakwa ia merupakan kisah negeri berkenaan huru-hara dan tidak diendahkan apabila pertolongan diperlukan sewaktu konsert itu.
“Kami menggesa orang lain yang mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau menyaksikan peristiwa hari itu untuk menghubungi kami.”
Mereka yang terselamat mendakwa ramai mengalami kesukaran bernafas di dalam himpitan itu.
Travis Scott, yang mempelopori festival muzik Astroworld pada tahun 2018, dilaporkan menghentikan persembahannya beberapa kali apabila melihat peminatnya dalam menolak-nolak berhampiran pentas.
Pihak berkuasa di Texas pula membuka kertas siasatan kategori jenayah ke atas tragedi itu. Ia melibatkan jabatan pembunuhan dan narkotik, kata Ketua Polis Houston Troy Finner kepada pemberita pada hari Sabtu lepas.
Datuk Bandar Houston Sylvester Turner berkata pihak berkuasa sedang melihat rakaman video dan menemu-bual saksi, penganjur konsert dan mereka tercedera yang dimasukkan ke hospital.
Beliau memberitahu pemberita pada hari Sabtu lepas bahawa lapan orang yang terbunuh. Mereka berumur di antara 14 hingga ke 27 tahun, dan seorang lagi mangsa tidak diketahui umurnya.
Kejadian itu turut mengakibatkan 25 orang dibawa ke hospital dan lebih 300 orang dirawat di tempat kejadian kerana cedera ringan.
Foto : Twitter