spot_img
spot_img

PAS tidak jujur – Ku Li

spot_img

KUALA LUMPUR, Nov 7 — Bagi veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, Muafakat Nasional (MN) telah musnah.

Laporan Mingguan Malaysia menyiarkan kata-kata Ku Li, bahawa pakatan itu mati apabila PAS memilih untuk kekal dengan Perikatan Nasional (PN) apabila Umno memutuskan untuk menarik sokongan kepada Bersatu.

Bersatu adalah parti komponen utama dalam PN, satu gabungan yang berdaftar, termasuk PAS. Umno bukan dari gabungan PN. Namun ketiga-tiga parti masih bekerjasama antara satu sama lain di peringkat kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri.

- Advertisement -

Mankala gabungan MN Umno-PAS pula tidak pernah didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ku Li berkata bahawa PAS telah berbohong pada UMNO. Menurut beliau PAS jelas amat mementingkan jawatan di dalam kerajaan.

Kenyataan Ku Li itu dikeluarkan semasa merasmikan mesyuarat bahagian Umno di Jeram Tekoh, Kelantan.

- Advertisement -

Pada kongres tahunan PAS semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu akan kekal bersama PN tetapi juga akan terus mengukuhkan hubungan dengan Umno melalui MN untuk pilihan raya umum ke-15.

Abdul Hadi berkata MN menyediakan platform bagi masyarakat Islam Malaysia untuk bersatu dan melindungi tujuan bersama mereka, manakala PN adalah gabungan yang lebih pelbagai yang diperlukannya.

Abdul Hadi juga berkata bahawa PAS tidak seharusnya terhad kepada sebarang konsensus di mana ia diletakkan sebagai penumpang dalam perjalanan politik negara.

Sebaliknya, beliau berkata parti Islam itu perlu berada sebagai pemain utama bersama sekutu mereka untuk menarik sokongan rakyat untuk negara dan Islam.

Ramai berpendapat bahawa PAS bermain ‘dua kolam’ kerana di sebelah MN punca kuasa adalah dari UMNO iaitu Perdana Menteri, manakala bersama Bersatu di PN, PAS boleh memainkan peranan yang sama rata. Tidak seperti di MN di mana UMNO dilihat sebagai ‘abang besar’ di dalam gabungan itu.

PAS kini cuba meletakkan dirinya sebagai parti politik nasional, keluar dari politik kampung.

Foto : wacana.my

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img