spot_img
spot_img

November bulan Keluarga Malaysia

spot_img

KUALA LUMPUR, Nov 7 — Bulan November akan dikenali sebagai bulan “Keluarga Malaysia” bermula apda hari ini dan tahun-tahun akan datang, umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ia selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang diilhamkan beliau selepas pelantikannya sebagai perdana menteri pada Ogos.

Objektif utama Keluarga Malaysia adalah untuk menyatukan semua rakyat Malaysia sebagai satu keluarga besar bagi menghadapi Covid-19 dan cabaran ekonomi.

- Advertisement -

Perdana Menteri memberi tugas kepada setiap kementerian untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu program bagi meringankan beban rakyat. Pihak swasta juga digalakkan untuk bersama memainkan peranan, NGO-NGO dan seluruh masyarakat amnya. Beliau berkata semasa pelancaran Keluarga Malaysia di Taman Botani Perdana di sini pagi ini.

Selain itu, di bawah Yayasan Keluarga Malaysia, kerajaan memperuntukkan RM25 juta untuk membantu kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19. Mereka akan diberikan bantuan kewangan serta sokongan moral yang berterusan.

Bagi membantu golongan wanita pula, kira-kira seramai 50,000 wanita akan mendapat manfaat daripada peruntukan RM11 juta untuk Program Subsidi Mamogram serta ujian DNA HPV untuk mengesan awal kanser payudara.

- Advertisement -

Seramai 140,000 remaja perempuan yang dikategorikan dalam golongan berpendapatan rendah, akan dibekalkan kit asas kebersihan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Kit itu mengandungi tuala wanita, untuk membantu gadis dan wanita muda yang telah mencapai akil baligh tetapi tidak dilengkapi dengan produk yang diperlukan mereka semasa haid.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Haron, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img