spot_img
spot_img

Malaysia harus mainkan peranan dalam pembangunan Kalimantan – PM

SANDAKAN (5 Nov): Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membincangkan pembangunan di sempadan Sabah-Kalimantan bersama Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) semasa lawatannya ke negara itu minggu depan.

Ismail Sabri berkata perbincangan itu juga meliputi usaha memajukan kawasan sempadan termasuk membangunkan infrastruktur, antara lain.

“Sebagai contoh, Kalabakan (Sabah) bersempadan (Kalimantan) Indonesia … Indonesia telah membangunkan (sebelah) sempadan mereka. Kita mahu kawasan sempadan Sabah dibangunkan dengan infrastruktur, berkemungkinan menjadikannya bandar pelancongan untuk (menarik) orang Kalimantan.

- Advertisement -

“…itu antara perkara yang akan dibincangkan dengan Presiden Jokowi supaya kita bersama-sama membangunkan kawasan sempadan,” katanya ketika berucap pada ketua masyarakat Sandakan dalam pertemuan di sini pada Jumaat malam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin; Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Kurup; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin; dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

Ismail Sabri berkata perbincangan itu juga akan menyentuh penglibatan usahawan Malaysia dalam projek pembangunan di kawasan sempadan.

- Advertisement -

“Saya akan bincang (perkara ini) supaya kita boleh bantu dari segi pembangunan mereka. Maknanya, dari segi projek di sebelah Kalimantan, kita mahu usahawan dari Malaysia turut terlibat dalam membangunkan Kalimantan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memberi jaminan bahawa kerajaan Pusat akan memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam usaha memastikan pembangunan seimbang dapat dijalankan.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan Sabah, sambil menambah bahawa ia akan terus komited untuk membangunkan Negeri itu dan membebaskannya daripada menjadi Negeri termiskin di Malaysia.

“Percayalah, kita tidak pernah berniat sedikit pun untuk meninggalkan Sabah atau negeri-negeri lain dari segi pembangunan. InsyaAllah, kita akan bangunkan Sabah daripada belenggu kemiskinan,” katanya sambil menambah kerajaan Persekutuan akan terus komited untuk memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah direalisasikan demi kepentingan rakyat.

Sementara itu, Bung Moktar dalam ucapannya melahirkan keyakinan bahawa Sabah akan keluar daripada kemiskinan di bawah pentadbiran Ismail Sabri.

“Orang yang paling faham ialah Perdana Menteri. Bantu kami dalam apa cara sekalipun… pulihkan maruah Keluarga Malaysia di Sabah,” katanya sambil menambah Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sabah daripada belenggu kemiskinan.

comments

Terkini

spot_img
spot_img