spot_img
spot_img

Sukar bagi UMNO bila PAS bersama PN ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Barisan Nasional (BN) yang diketua Umno akan mendapati lebih sukar untuk menang besar di PRN Melaka selepas PAS memutuskan untuk berada di bawah panji Perikatan Nasional (PN), menurut penganalisis politik.

Bagi pakar geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Azmi Hassan, yang ditemuramah oleh Malay Mail, pengaruh PAS di negeri itu mungkin tidak signifikan, namun ia mempunyai sokongan yang cukup untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya negeri.

lebih-lebih lagi kini Umno memegang beberapa kerusi dengan majoriti yang kurang daripada 1,000 undi berikutan pertembungan tiga penjuru dengan PAS pada pilihan raya umum sebelum ini.

- Advertisement -

PAS bergabung dengan PN untuk pilihan raya pada 20 November ini, dijangka akan terus menjejaskan peluang BN untuk membentuk kerajaan negeri di Melaka, katanya.

Di DUN Asahan dan Merlimau yang dimenangi Umno sebelum ini lebih kritikal, hanya dengan kelebihan 300 undi sahaja.

Bagi setiap kerusi yang ditandingi PAS, mungkin mereka akan memperoleh antara 900 dan 1,000 undi. Ini boleh menjejaskan sama ada BN boleh mengekalkan 13 kerusi yang dimenanginya semasa PRU14 lalu.

- Advertisement -

Berdasarkan keputusan PRU14, PAS tidak mempunyai akar umbi yang kukuh di Melaka. keputusan yang terbaik diperoleh ialah sekitar 1,500 undi sahaja.

Dengan penambahan beberapa ratus penyokong yang menyokong PAS ini, dan sekrang akan menyokong calon Perikatan Nasional pada PRN Melaka ini, PAS akan memberi sedikit pengaruh untuk menentukan kemenangan.

Pada PRU14, Roslan Ahmad dari Umno (5,290) memenangi kerusi Merlimau dengan majoriti 130 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Amanah Yuhaiza Abdullah (5,160) dan PAS Abdul Malek Yusof (1,208).

Bagi Asahan, calon Umno Abdul Ghafar Atan (5,942) menang dengan majoriti 275 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Zamzuri Arifin dari Bersatu (5,667) dan Azlan Maddin (1,365) daripada PAS.

Kerusi Umno lain yang memperoleh majoriti kurang daripada 1,000 undi ialah Lendu, Taboh Naning, Pantai Kundor dan Rim.

Bagaimanapun, beberapa kerusi Pakatan Harapan (PH) juga terdedah kepada pengaruh PAS, seperti Kelebang di mana penyandangnya, Gue Teck dari PKR mendapat majoriti 789 undi menentang Lim Ban Hong dari MCA dan Shafiq Ismail dari PAS.

Begitu juga dengan kerusi Durian Tunggal, yang dimenangi oleh Amanah Mohd Sofi Abdul Wahab dengan majoriti 763 undi menentang Ab Wahab Ab Latip dari Umno dan Mohsin Ibrahim dari PAS.

DAP juga tidak terlepas; sebagai contoh, kerusi DUN Gadek menyaksikan penyandang Saminathan Genesan menang dengan kelebihan 307 undi menentang calon MIC, Panirchelvam Pichamuthu dan Emransyah Ismail dari PAS.

Profesor sains politik Universiti Sains Malaysia Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata pertandingan antara PAS-PN dengan Umno berkemungkinan akan memecah belahkan pengundi Melayu tetapi akhirnya akan menguntungkan PH secara langsung.

“Umno akan mendapat bahagian undi dari orang Melayu juga, tetapi dengan undi Melayu berpecah antara BN dan PN, PH mempunyai peluang yang sangat baik untuk melonjak ke kedudukan hadapan dalam perlumbaan menerajui Melaka.

“Jika ada yang akan berubah untuk tidak mengundi PH, ia akan menjadi perbalahan dalaman di kalangan parti komponen, seperti antara DAP dan PKR dalam isu menerima empat Adun yang bermasalah itu,” kata Ahmad Fauzi merujuk kepada empat wakil rakyat negeri yang menarik sokongan mereka pada pentadbiran negeri Melaka pimpinan Umno sehingga menyebabkan pilihan raya kecil kali ini.

Bagaimanapun, Ahmad Fauzi menjelaskan lagi bahawa desakan PAS untuk bekerjasama dengan PN adalah untuk membantu melonjakkan kedudukan parti Islam itu sebagai sebuah parti berwibawa di peringkat nasional.

“PAS meletakkan dirinya sebagai parti nasional dan bukannya parti setempat, seperti yang selalu dilihat, dengan kekuatannya tertumpu di kawasan Melayu di utara-timur dan utara semenanjung Malaysia sahaja.

“Setelah menerajui kerajaan persekutuan bermula dari Mac 2020 hingga Ogos 2021, dan kini dalam kapasiti menyokong seorang perdana menteri Umno yang dianggap mesra dengan PN, PAS menunjukkan imej nasional yang ingin dimainkannya.

“Ini adalah imej yang PAS cuba tanam ketika ia cuba meluaskan pengaruhnya melangkaui kubu kuat Melayu di luar bandar.

“Tetapi saya mengesyaki ini akan menjadi satu kesilapan yang serius, berdasarkan pegangan akar umbi PN yang lemah di Melaka. Dalam kes sedemikian, PN akan mendapat manfaat daripada kapasiti organisasi PAS di kalangan lapisan bawahan masyarakat Melayu,” katanya.

Rakan kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun juga bersetuju dengan penilaian Ahmad Fauzi bahawa keutamaan PAS untuk PN berpunca daripada fakta bahawa yang kedua lebih sepakat dan sama rata berbanding bersama Umno di bawah panji Muafakat Nasional (MN).

“PAS menganggap Bersatu lebih akur dengan agendanya dalam jangka masa panjang. Ia juga mahu menyemak dan mengimbangi hegemoni Umno dalam agenda Melayu-Islam serta penguasaan di kawasan Melayu-Islam,” katanya.

Dari segi pilihan raya negeri Melaka, Oh berkata kehadiran PAS dalam pertembungan tiga penjuru merosakkan Umno dan adalah lebih baik bagi ketiga-tiga parti berasaskan Melayu itu bersatu.

“PAS tidak mungkin memenangi kerusi secara bersendirian, tetapi berpotensi memecahbelahkan undi daripada Umno jika ia keluar sebagai pesaing ketiga.

“Daripada pengalaman pilihan raya negeri Sabah tahun lepas, terus terang saya rasa masih ada masa untuk Umno, PAS dan Bersatu menyelesaikan perbezaan mereka dan membentangkan barisan penyatuan pada Hari Penamaan Calon,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Hari Penamaan calon pada 8 November. Pengundian akan berlangsung pada 20 November.

Dewan Undangan Negeri Melaka yang terdiri daripada 28 kerusi dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat wakil rakyat menarik balik sokongan mereka terhadap kepimpinan bekas ketua menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img