Parlimen : “Ada mereka yang belum pun didakwa telah dimasuk dalam tahanan, kenapa tidak orang yang sudah pun dihukum salah menjalani hukuman?”
Ucap bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohammad di Parlimen siang tadi.
Malah Najib boleh keluar negara. Proses rayuan juga mengambil masa yang lama dan Najib boleh terus bebas sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. Perkara ke tiga yang dibangkit oleh Tun Mahathir berkenaan kes yang melibatkan Najib adalah, adakah kerajaan kini yang dipimpin oleh UMNO benar-benar mahu mendapatkan kembali duit yang telah diseleweng itu.
Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan RM42 juta dana SRC International.
Najib ketika ini dibebaskan selepas diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan.