spot_img
spot_img

Najib salahkan dua kerajaan lalu

spot_img

KUALA LUMPUR, 1 November — Belanjawan Malaysia 2022 dengan RM332.1 bilion bakal menyebabkan negara terdedah kepada terlalu banyak risiko, kata Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan terpaksa meminjam lebih banyak lagi wang untuk menyokong rancangan belanjawan yang tinggi di waktu unjuran hasil masih rendah.

Ahli Parlimen Pekan itu menyalahkan keadaan semasa atas keputusan yang diambil oleh dua kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 pada 2018 lalu, iaitu Pakatan Harapan dan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

- Advertisement -

Dua “kesilapan” kerajaan masa lalu yang terbesar, menurut Najib, adalah pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan langkah penutupan “separuh masak” (tidak sepenuhnya) untuk membendung Covid-19.

Menurut Najib lagi, kini semua kesilapan itu perlu ditanggung oleh pentadbiran semasa di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sebab itu kewangan kerajaan Malaysia berada dalam keadaan kritikal hari ini,” katanya.

- Advertisement -

Najib sebelum ini mendakwa sekatan Covid-19 yang berpanjangan adalah punca utama yang memusnahkan kewangan dan mata pencarian rakyat Malaysia.

Walaupun beliau tidak menamakan sesiapa secara langsung, beliau mengaitkan tanggungjawab kepada orang yang dipanggilnya “Bapa Lockdown Malaysia”.

Bagi GST pula, Najib berkata pemansuhannya memberi kesan yang ketara kepada negara terutamanya dari segi pengurusan Covid-19 di mana hasil cukai yang dikutip daripada mereka yang mendapat manfaat daripada wabak itu boleh disalurkan kepada mereka yang terjejas teruk.

Namun begitu Najib berkata beliau bukan dalam misi mencari kesalahan.

“Biar saya jelaskan bahawa ini adalah sesi perbahasan Bajet 2022, bukan sesi mencari kesalahan sesiapa.

“Sebaliknya, kita perlu mengakui dan menyedari kesilapan besar yang telah berlaku dan kesan kepada kewangan negara dan kerajaan,” katanya.

Malaysia telah menyaksikan tiga kerajaan terbentuk dalam beberapa tahun. Yang pertama diketuai oleh gabungan Pakatan Harapan, yang dipilih menjadi kerajaan persekutuan pada 2018.

Pakatan Harapan runtuh 22 bulan kemudian selepas sejumlah besar ahli parlimen dari PKR dan Bersatu menarik diri untuk membentuk pakatan dengan PAS dan Umno dan menggelar mereka Perikatan Nasional (PN) pada Mei tahun lepas.

Kerajaan PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya tumbang pada Ogos, membawa kepada Kabinet beraneka ragam yang terdiri daripada ahli-ahli Barisan Nasional dan PN di bawah kepimpinan Ismail Sabri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img