spot_img
spot_img

Cukai Makmur – Belanjawan 2022

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kerajaan hari ini berkata ia akan mengenakan cukai khas sekali sahaja untuk syarikat yang menjana RM100 juta ke atas, bagi menambah pendapatan kerajaan yang terjejas akibat Covid-19.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata cukai itu sebanyak 24 % untuk RM100 juta yang pertama dan 33 % untuk selebihnya, adalah untuk memastikan sistem kesihatan awam lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang ancaman di masa depan.

Cukai itu diberi nama ‘Cukai Makmur’, diperkenalkan semasa pembentangan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.

- Advertisement -

Tengku Zafrul turut mengumumkan tujuh langkah baharu untuk memastikan kerajaan menerima lebih banyak pendapatan dari cukai dan mempertingkatkan sistem percukaian.

Langkah itu ialah meningkatkan kadar duti setem ke atas nota kontrak daripada 0.1 peratus kepada 0.15 peratus sambil memansuhkan had duti setem sebanyak RM200 pada setiap nota kontrak. Pada masa yang sama, aktiviti pembrokeran dagangan saham tersenarai tidak lagi tertakluk kepada cukai perkhidmatan;

Langkah-langkah lain termasuk:

- Advertisement -

1) Cukai pendapatan dikenakan ke atas pemastautin Malaysia ke atas pendapatan yang diperoleh daripada sumber asing dan diterima di Malaysia mulai 1 Januari 2022;

2) Cukai jualan dikenakan ke atas barangan bernilai rendah dari luar negara yang dijual oleh peniaga dalam talian dan dihantar kepada pengguna di Malaysia melalui perkhidmatan penghantaran udara;

3) Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penghantaran yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan termasuk platform e-Dagang kecuali perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman serta perkhidmatan logistik;

4) Program Pengiktirafan Sukarela Khas Jabatan Kastam Diraja Malaysia diperkenalkan secara berperingkat dengan insentif pengampunan penalti 100 % bagi fasa pertama dan 50% bagi fasa kedua.

5) Pelepasan cukai juga akan dipertimbangkan untuk kes tertentu;

6) Sijil Pematuhan Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan menjadi sebahagian daripada prasyarat bagi syarikat untuk mengambil bahagian dalam perolehan kerajaan mulai 1 Januari 2023; dan

7) Penggunaan nombor pengenalan cukai (atau TIN) akan dilaksanakan mulai 2022 untuk meluaskan asas cukai pendapatan.

 

comments

Terkini

spot_img
spot_img