spot_img
spot_img

Najib saman bekas peguam negara & kerajaan

spot_img

KUALA LUMPUR (26 Okt): Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan saman terhadap bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas dan kerajaan berhubung pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 22 Okt dan dilihat oleh TheEdgeMarkets.com pada hari Selasa semalam, Najib mendakwa bahawa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada “tindakan Thomas yang telah dirancang dan terancang” dan juga penglibatan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

“Sebagai peguam negara dia menjalankan tugasnya, sekurang-kurangnya berhubung dengan kes Najib, seolah-olah dia adalah ejen Pakatan Harapan. Malah, beliau kemudiannya akan terus mengaitkan parti politik Najib UMNO dengan Najib sendiri, bangsa Melayu dan dorongan kepada perjuangan Islam,” kata kenyataan tuntutan.

- Advertisement -

Pertuduhan yang didakwa terhadap Najib dalam perbicaraan 1MDB, termasuk kes International Petroleum Investment Company (IPIC), dan kes pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Najib juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyaman atas pertuduhan yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di bawah kes SRC International Sdn Bhd. Ahli parlimen UMNO itu merayu terhadap sabitan kesalahan, dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, di Mahkamah Rayuan.

Dalam saman terhadap Thomas dan kerajaan itu, Najib memohon pengisytiharan awam bahawa Thomas telah melakukan penyelewengan salah guna kuasa dalam jawatan awam.

- Advertisement -

RM1.94 juta yang dituntut itu termasuk RM310,115 untuk perbelanjaan perubatan yang dialami akibat kebimbangan dan tekanan kesan dari pendakwaan, dan RM1 juta untuk yuran perundingan pasukan audit melaksanakan semakan dokumentasi bagi menyediakan fakta untuk menghadapi pendakwaan.

Ia juga termasuk RM56,673 untuk perbelanjaan perjalanan sehingga kini, RM90,000 untuk kos terbuang kerana tidak dapat melancong ke luar negara kerana syarat jaminan yang dikenakan, dan RM480,000 untuk penglibatan perkhidmatan lain dalam menangani pertuduhan.

Menurut pernyataan tuntutan, Thomas telah bertemu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2015 untuk menasihatinya bahawa tindakan sivil dan jenayah perlu dikenakan terhadap perdana menteri Najib ketika itu kerana penglibatannya dalam skandal 1MDB.

Kenyataan itu mengatakan bahawa pada 2016, Thomas telah menulis artikel dalam portal berita online di mana dia “mengkritik hebat dan menuduh Najib telah mencuri dana daripada 1MDB”.

Ia seterusnya menyatakan bahawa apabila Pakatan Harapan berkuasa pada 2018 — dengan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Thomas sebagai peguam negara, Dr Mahathir telah berkata bahawa kerajaan mempunyai kes yang hampir sempurna untuk mndakwa Najib.

“Ini berdasarkan taklimat yang diberikan Thomas kepada Mahathir. Tiada keraguan Thomas,” kenyataan tuntutan itu dibacakan.

Ia juga mendakwa bahawa Thomas telah mendesak agar Najib didakwa, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa ia mendapati “tiada salah laku” di pihak Najib.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan SPRM, Thomas meminta Mahathir (perdana menteri ketika itu) bagi mempengerusikan mesyuarat dengannya, bersama ketua polis negara ketika itu dan pengarah SPRM.

“Mahathir bersetuju berbuat demikian. Dalam pertemuan ini, pengarah SPRM mengulangi kepada Mahathir bahawa mereka tidak mendapati sebarang salah laku. Bagaimanapun, Thomas meneruskan untuk mendakwa Najib,” kata kenyataan itu.

Prejudis terhadap Najib

Kenyataan itu juga menyatakan tentang pendekatan Thomas terhadap kes lain, iaitu menggugurkan pertuduhan terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perkara membabitkan pembelian kediaman mewah.

Lim, yang pernah berkhidmat sebagai ketua menteri Pulau Pinang, kini menghadapi empat pertuduhan jenayah berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Tuduhan yang dikaitkan dengan harta kediaman itu juga telah dibatalkan terhadap Lim dan isterinya Betty Chew.

Selain menggugurkan pertuduhan Lim, pernyataan tuntutan menyatakan bahawa Thomas telah membuat “banyak komen yang merendahkan Najib” sebelum dan selepas pelantikannya sebagai peguam negara.

“Thomas menuduh Najib sebagai penjenayah dan bersekongkol dengan Low Taek Jho,” kata kenyataan itu, merujuk kepada usahawan yang kini dalam buruan yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

“Tuduhan ini sering dimainkan walaupun pertuduhan terhadap Najib Razak berhubung perkara ini masih belum dibicarakan,” tambahnya.

Kenyataan itu mendakwa bahawa Thomas “berprasangka” terhadapnya walaupun sebelum beliau memegang jawatan sebagai peguam negara, juga semasa beliau sebagai peguam negara, dan juga selepas beliau meninggalkan jawatan itu pada 2020.

“Thomas menggunakan jawatannya dahulu untuk bertindak terhadap Najib secara salah, berniat jahat dan dengan niat jahat,” katanya, sambil menambah bahawa beliau telah menerbitkan kenyataan yang akan menjejaskan dan mempengaruhi perbicaraan yang sedang dijalankan terhadap Najib.

Najib memfailkan saman itu melalui firma guaman Raj, Ong dan Yudistra.

Ketika dihubungi The Edge, peguam Yudistra Darma Dorai berkata, Mahkamah Tinggi telah menetapkan 19 Nov untuk pengurusan kes.

Awal tahun ini, Thomas telah diberikan surat tuntutan saman oleh Najib untuk menarik balik komen yang pernah dibuat dalam autobiografinya, yang membabitkan Najib dalam pembunuhan seorang model Mongolia dan penterjemah bahasa, Altantuya Shaariibuu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img