spot_img
spot_img

Petronas nafi keluar F1

spot_img

KUALA LUMPUR (18 Okt): Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Mercedes menolak laporan yang mengatakan bahawa mereka akan berpisah pada tahun 2022 di sukan permotoran Formula 1. Desas-desus mengatakan yang Saudi Aramco akan menggantikan syarikat terbesar Malaysia ini sebagai penaja utama pasukan F1 Mercedes-AMG.

Petronas, dalam sebuah kenyataannya kepada The Edge, mengatakan: “Petronas dan Mercedes telah menjadi rakan kerjasama sejak 2010 dalam hubungan jangka panjang kolaboratif yang saling menguntungkan bagi kedua-dua belah pihak.

“Tahun lalu, kami memperluaskan perkongsian kami untuk kitaran bertahun-tahun lagi dan kami bangga untuk terus bekerjasama untuk memberikan prestasi yang unggul,” kata syarikat minyak nasional itu.

- Advertisement -

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci mengenai pernyambungan kontrak kerjasama itu.

Sejak 2010, Petronas telah menjadi penaja utama dan rakan teknikal pasukan Mercedes-AMG F1 dengan menyediakan penyelesaian teknologi minyak.

Bersama-sama, pasukan ini telah meraih tujuh gelaran Kejuaraan Dunia berganda berturut-turut, dengan pembaharuan kontrak tiga tahun dua kali pada 2015-2017 dan 2018-2020.

- Advertisement -

Pemilikan pasukan Mecedes-AMG F1 terbahagi kepada ketua pegawai eksekutif pasukannya Toto Wolff, Daimler AG dan syarikat kimia antarabangsa INEOS, yang menjadi rakan kerjasama dalam pasukan itu pada Disember 2020.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img