spot_img
spot_img

Teknologi Cardano ingin ubah tadbir urus sesebuah kerajaan

spot_img

SINGAPURA (26 Sept): Teknologi blockchain dan decentralised menawarkan penyelesaian yang berpotensi untuk banyak isu tadbir urus yang mempengaruhi dunia hari ini, menurut pengasas Blockchain Cardano.

Ekosistem Cardano kini sedang mengusahakan pelbagai projek, termasuklah sistem pengundian, pembayaran dan juga cara untuk mentadbir urus mata wang negara, kata Charles Hoskinson dalam komen di siaran Sidang Kemuncak Cardano pada hari Sabtu lepas. Harus ada banyak “data sebenar tentang bagaimana untuk mentadbir urus kerajaan secara berbeza,”, katanya.

“Anda boleh mentadbir negara dengan infrastruktur seperti ini – mungkin tidak hari ini, tetapi dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang… pasti mungkin,” kata Hoskinson. Cardano sedang berusaha untuk “meletakkan dirinya di pasaran untuk menjadi pilihan yang sah untuk beberapa sistem dan juga institusi,” katanya.

- Advertisement -

Cardano, yang dilancarkan pada tahun 2017 dan baru-baru ini menambah servis dalam segmen keupayaan kontrak pintar, telah menarik komen negatif juga dari semasa ke semasa termasuk dari ketua pegawai eksekutif Galaxy Digital Holdings Ltd, Mike Novogratz – yang bulan lalu berkata platform itu mempunyai “daya tarikan sifar”. Walau bagaimanapun, Ada Token adalah cryptocurrency ketiga terbesar selepas Bitcoin dan Ether selepas memperoleh lebih daripada 2,800% pada tahun lalu, menurut harga dari Coingineco.com yang menggunakan servis Cardano. Antara lain projek-projek dari Cardano termasuklah pembangunan sistem identiti digital berasaskan blockchain untuk pelajar dan guru di Ethiopia.

“Orang ramai secara asasnya tidak berpuas hati dengan tadbir urus kerajaan,” kata Hoskinson pada sidang kemuncak itu. “terdapat cita-cita kepada sistem yang sistem baru, cara tadbir urus baru, dan corak baru institusi.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img