spot_img
spot_img

Ninja Van terima modal $ 578 juta

spot_img

HONG KONG (26 Sept): Ninja Van, syarikat baru (start – up) logistik Singapura, menerima AS $ 578 juta daripada pelabur – pelabur termasuk gergasi e-dagang China Alibaba Group Holding Ltd dalam satu aktiviti penarikan modal.

Pelabur sedia ada iaitu B Capital Group, firma modal teroka yang ditubuhkan oleh pengasas bersama Facebook Inc, Eduardo Saverin dan Raj Ganguly, bekas eksekutif di Bain Capital, dan syarikat penyampaian Parcel Eropah Geopost / DPDGroup turut mengambil bahagian dalam pengumpulan dana tersebut, menurut kenyataan yang mengesahkan laporan berita Bloomberg.

Pusingan pembiayaan baru itu akan membantu mengangkat penilaian syarikat melebihi AS $ 1 bilion menjelang potensi tawaran awam (IPO), mungkin seawal tahun depan, menurut sumber.

- Advertisement -

Firma modal teroka Monk’s Hill Ventures dan Zamrud, pelabur sedia ada yang dikaitkan dengan dana kekayaan sebuah negara di Asia Tenggara, turut menyertai pemberian dana tersebut. Ninja Van merancang untuk menggunakan dana itu untuk membaiki infrastruktur dan teknologi, kerana ia bertujuan untuk menjadi kos efektif sambil meningkatkan kualiti operasinya.

Pelabur-pelabur mula bertaruh pada sektor pengangkutan, logistik, dan syarikat – syarikat menyediakan perkhidmatan gudang di tengah-tengah ledakan e-dagang, akibat kesan pandemik koronavirus.

Ditubuhkan pada tahun 2014, Ninja Van beroperasi di enam buah pasaran di Asia Tenggara dan menyampaikan hampir dua juta bungkusan sehari di rantau ini, menurut laman webnya. Syarikat itu menerima AS $ 279 juta dalam satu siri pengumpulan dana tahun lepas di mana para pelabur termasuk firma Grab Holdings Inc.

- Advertisement -

Pelanggan Ninja Van termasuk PT Tokopedia, yang telah digabungkan dengan gergasi itu untuk melahirkan sebuah syarikat baru (start up) Goto, syarikat permulaan yang paling berharga di Indonesia kini. Kumpulan Lazada, Alibaba, dan sebuah Unit Sea Ltd yang berpangkalan di Singapura turut melabur pada Ninja Van. Ninja Van juga memberi servis kepada kumpulan pengguna global di rantau ini seperti Unilever PLC dan kedai-kedai yang lebih kecil.

Foto kredit to NST

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img