TERKINI
GAYA HIDUP Luar Negara

Negara yang tiada Starbuck

September 23, 2021 10:11 am – Bukan Che Ta

New York : Tahukah anda bahawa Starbuck terdapat di semua negara dalam dunia ini ? Tetapi hanya sebuah negara di mana mempunyai penggemar kopi yang tinggi tetapi tiada satu pun rangkaian Starbuck di pasaran negara itu ?

Negara tersebut ialah Albania. Ia merupakan sebuah negara Balkan yang terletak di Selatan Eropah. Negara yang cantik pemandangan semula jadi. Rakyatnya berjumlah 3 juta penduduk sahaja. Lebih menarik lagi bagi kita jika ingin melancong ke Eropah, Albania boleh dijadikan pilihan kerana agama utamanya ialah Islam. Mudah untuk kita makan dan ada masjid yang cantik untuk beribadat bila melancong.

Albania ada terlalu banyak kafe kopinya. Rakyatnya suka minum kopi. Tetapi zero Starbuck di sana. Setiap lorong pasti ada 1 kedai kopi. Lebih kurang 18,000 buah kafe kopi ada di negara itu, dan semuanya adalah milik tempatan , jenama tempatan dan pengusaha tempatan. Bukan francais seperti Starbuck atau jenama rangkaian kopi global lain.

Mungkin rangkaian jenama kopi global tidak mahu masuk ke Albania kerana harga kopinya yang sangat murah dijual, hanya $0.50 sahaja secawan ! Ya lebih kurang RM2.50 sahaja bagi kopi yang fresh grind , di mana di negara kita hampir RM10 purata harganya.

Albania mungkin bukan negara yang popular disebut untuk pelancongan atau destinasi yang kita ingin melancong, tetapi bagi penggemar kopi, ini adalah destinasi anda selain rakyatnya yang sangat peramah.

Rakyat Malaysia tidak dikenakan visa untuk ke Albania. Maklumat lanjut untuk rancang perjalanan, boleh layari https://embassykualalumpur.com/albanian

 

 

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
bestride
wa

covid
doc24