spot_img
spot_img

Perlumbaan bank besar dunia untuk menubuhkan bank digital

spot_img

LONDON : JPMorgan mencabar pesaingnya dari Britain di negara mereka sendiri, dengan pelancaran bank digitalnya pada hari Selasa lepas, yang diberi nama Chase, sebagai sebahagian daripada apa yang diharapkan oleh pemberi dana dari A.S. akan menjadi penguasaan global.

Pelancaran ini menandakan ‘serangan’ pertama ke perbankan digital runcit di luar Amerika Utara oleh salah satu pemberi pinjaman yang paling dominan di Amerika Syarikat. Ini memberi tekanan kepada pemain besar industri kewangan dari Britain seperti Lloyds, Barclays, NatWest dan HSBC yang sudah menurunkan dengan kadar faedah rendah untuk menarik pelanggan dan memulakan saingan perbankan digital.

“Kami telah mengkaji di mana pasaran pelanggan benar-benar bersedia untuk melakukan urusan perbankan mereka melalui saluran digital, dan kami nampak jelas di England” kata Sanoke Viswanathan, ketua eksekutif Chase.

- Advertisement -

Usaha itu, jika berjaya, dapat melihat bank A.S. berkembang ke benua Eropah dan kemudian di peringkat global, katanya.

“Ini adalah perniagaan yang kami bangunkan bukan hanya untuk UK tetapi diharapkan untuk seluruh dunia, dan terdapat banyak bakat di sini dari pelbagai jenis produk, jadi ini adalah tempat yang bagus untuk membina ibu pejabat global untuk jenis segmen perniagaan baru ini, ”katanya.

JPMorgan akan menarik pelanggan untuk mendaftar ke akaun tanpa bayaran dengan tawaran pengenalan, termasuk 1% cashback pada perbelanjaan kad debit dan 5% faedah untuk perubahan kecil yang dibundarkan dari pembelian mereka dan disimpan dalam akaun simpanan yang berasingan.

- Advertisement -

“Dengan platform teknologi yang kuat, sumber kewangan yang besar dan jenama global, JPMorgan boleh menjadi pemain yang serius di ruang perbankan runcit digital UK,” kata Nic Ziegelasch, Penganalisis di broker Killik & Co.

Raksasa Wall Street itu memasuki pasaran Britain yang kompetitif dengan margin rendah disebabkan oleh kadar faedah bank pusat yang rendah dan tradisi membuka akaun semasa percuma, berbanding kebanyakan pasaran global di mana pelanggan membayar untuk perkhidmatan asas.

JPMorgan mengikuti jejak pesaingnya juga dari A.S. iaitu Goldman Sachs, yang mengumpulkan deposit berjuta-juta pound ketika melancarkan bank digital yang diberi nama Marcus di Britain pada 2018 dengan kadar faedah 1.5% untuk simpanan pada masa itu.

Ia juga akan bersaing dengan bank digital seperti Monzo, yang telah menarik sekitar 5 juta pelanggan dengan kad merah jambu unik dan aplikasinya yang mesra pengguna, tetapi belum mencapai keuntungan yang tetap.

Chase telah menggaji kira-kira 500 kakitangan di Britain, kata Viswanathan, dan akan menambah lebih banyak lagidi masa hadapan apabila membina pasukan sokongan pelanggannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img