spot_img
spot_img

Malaysia tetap pilihan Amerika Syarikat untuk melabur

spot_img

KUALA LUMPUR (20 Sept): Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan yang menarik tetapi kestabilan politik amat perlu dibaik pulih untuk pertumbuhan ekonomi dan pelaburan, menurut pertemuan perundingan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dengan persatuan perniagaan yang mewakili perniagaan AS untuk membincangkan mengenai Malaysia usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) dari Amerika Syarikat dan komuniti perniagaannya.

Dalam satu kenyataan semalam yang disiarkan di theedgemarkets.com hari ini, duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. McFeeters mengatakan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang utama Amerika Syarikat. Syarikat A.S. adlaah di antara majikan terbesar di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang dan kebanyakan anak syarikat A.S. diuruskan oleh rakyat Malaysia dan menggaji lebih daripada 90% pekerja tempatan.

“Di sektor pembuatan pula, Amerika Syarikat berada di kedudukan kedua selepas Jepun dalam pelaburan, yang bernilai hampir AS $ 25 bilion, sebagai contoh Intel, First Solar, dan Hewlett Packard.

- Advertisement -

“Kesinambungan hubungan yang kuat dan kolaboratif antara Amerika Syarikat dan Malaysia dalam peningkatan mekanisme perundingan dasar akan memperkuat iklim perniagaan yang membolehkan Malaysia terus menarik aktiviti ekonomi dan komersial A.S.,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) (Promosi & Kemudahan Pelaburan) Sivasuriyamoorthy Sundara Raja mengatakan sektor pelaburan tetap sihat dan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia tetap tinggi.

Beliau berkata, Malaysia adalah ekonomi keempat terbesar di ASEAN, secara strategik berada di tengah-tengah Asia Tenggara di mana ia mempunyai kemudahan yang baik dan boleh diakses melalui semua ruang udara dan pelabuahn kapal utama.

- Advertisement -

Negara ini menjadi negara kedua paling kompetitif di ASEAN dalam Buku Daya Saing Dunia 2021 IMD.

Naib Presiden Kanan Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dan Pengarah Urusan Serantau, Duta Besar Michael W. Michalak berkata, Malaysia telah mencapai pencapaian yang memberangsangkan di tengah-tengah waktu yang mencabar ini, seperti yang dilihat oleh peningkatan aliran masuk FDI lebih 200% pada separuh pertama tahun 2021.

“Ahli perniagaan Amerika akan terdorong untuk ke sini akibat pertumbuhan positif ini dan kami berharap Malaysia akan terus mewujudkan ekosistem perniagaan yang kondusif dengan rantaian bekalan yang kuat dan berdaya tahan untuk memacu lebih banyak pelaburan, pekerjaan dan peluang ekonomi.

“Ekosistem perniagaan yang kondusif akan merangkumi perundingan awam-swasta yang berterusan untuk memastikan bahawa perniagaan terlibat dalam pembuatan dasar yang akan mempengaruhi mereka, di samping mengesahkan perjanjian perdagangan utama yang telah ditandatangani oleh Malaysia seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Trans-Pasifik Perkongsian (CPTPP) dan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Wilayah (RCEP), ”katanya.

Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia, Tan Sri Dr Munir Majid berkata, kumpulan pemikir tersebut begitu prihatin kerana pelaburan asing akan terkesan disebabkan oleh pergolakan politik domestik di atas krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya dan juga kesan wabak COVID-19.

“Kami membuat persidangan perniagaan, bahkan menyatakan pandangan peribadi. Tetapi daya tarikan Malaysia untuk pelaburan asing masih utuh dan dapat ditingkatkan.

“Kami berharap dengan kerajaan baru dan persefahaman dengan pembangkang, akan ada jeda yang sangat diperlukan bagi negara untuk turun berniaga demi untuk kepentingan ekonomi,” katanya.

Malaysia perlu tegas untuk menarik pelaburan tambah nilai dalam sektor penting.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) Siobhan Das Bachran mengatakan Malaysia tetap menjadi destinasi penting untuk pelaburan Amerika, tetapi menghadapi cabaran.

“Malaysia perlu tegas untuk menarik pelaburan tinggi dalam sektor utama apabila perniagaan A.S. menilai semula pelaburan serantau. Ini termasuk masalah tenaga kerja, dan pelaksanaan undang-undang  perdagangan digital, ”katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img