spot_img
spot_img

Undang-undang baru platform matawang digital di Korea Selatan

SEOUL (17 Sept): Lebih daripada 60 platform pertukaran cryptocurrency di Korea Selatan wajib memberitahu pelanggan mengenai pemberhentian operasi sebahagian atau sepenuhnya pada hari Jumaat tengah malam ini, seminggu sebelum peraturan baru berkuat kuasa.

Untuk terus beroperasi, platform-platform tersebut mesti berdaftar dengan Unit Perisikan Kewangan selewat-lewatnya pada 24 September ini, dengan memberikan sijil keselamatan dari agensi keselamatan internet. Mereka juga mesti bekerjasama dengan bank-bank tempatan untuk memastikan akaun dengan nama sebenar.

Platform yang belum mendaftar mesti menggantung atau berhenti perkhidmatan selepas 24 September, sementara platform yang tidak mendaftar dan gagal menjalin kerjasama dengan bank akan dilarang berdagang dalam matawang won.

- Advertisement -

“Sekiranya terdapat beberapa platform atau semua perkhidmatan mereka perlu ditutup, (platform) harus memberitahu pelanggan mereka mengenai tarikh tutup dan prosedur yang tertentu untuk mengeluarkan wang sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum penutupan,” kata Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan awal minggu ini. Badan tersebut mengatakan ianya harus diselesaikan selewat-lewatnya pada 17 September.

Dari semua platform, hampir 40 dari mereka telah bersedia untuk menghentikan semua perkhidmatan. Manakala 28 platform lagi telah mempunyai sijil pengesahan tetapi belum ada kerjasama dengan pihak bank tempatan.

Hanya empat platform – Upbit, Bithumb, Coinone dan Korbit – telah mendaftar dan memperoleh perkongsian dengan bank dan akan dibenarkan untuk beroperasi.

- Advertisement -

Beberapa platform yang lebih kecil termasuk ProBit, Cashierest dan Flybit telah mengatakan bahawa mereka akan menamatkan operasi mereka, dan mereka akan meneruskan operasi yang hanya melibatkan perdagangan matawang digital sehingga terjalin perkongsian dengan bank.

comments

Terkini

spot_img
spot_img