spot_img
spot_img

Nazir Razak dikecam konon seronok bawa teksi

spot_img

Kuala Lumpur : Adik kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , Nazir Razak bukan dipuji kerana mendapat RM67 hasil kerja 4 jam memandu teksi, tetapi diberi kata-kata negatif oleh netizen.

Beliau yang merupakan bekas CEO Cimb Bank itu, digelar oleh netizen sebagai golongan kayangan yang tidak memahani erti sebenar kesusahan bekerja sebagai pemandu penumpang.

- Advertisement -

Ada komen mengatakan bahawa ia sekadar untuk mempromosikan applikasi baru tersebut. Pada pandangan berita-tular , ia berjaya kerana telah mencetuskan kontroversi. Secara tidak langsung applikasi itu dikenali.

Ada juga segelintir minoriti netizen yang menegur sikap majoriti netizen yang berfikiran terlalu negatif.

- Advertisement -

Berita-tular menemuramah beberapa pemandu e-hailing, mereka berpendapat dengan menggunakan golongan bangsawan melakukan kerja rakyat marhaen adalah tidak bijak dan mengundang marah.

”Dalam pemikiran kami, anda dilihat seperti mahu mengambil kesempatan di dalam pernjagaan sahaja, kerana ini bukan sumber anda mencari sesuap nasi. Rakyat susah sekarang ini. Jadi jangan tambah sakit hati lagi pada kami”, ujar Abdul Hamid 28, yang kini baru beroperasi memandu ke lapangan terbang.

”Mungkin promosi macam pemandu applikasi ini dapat elaun makan, elaun kapal terbang atau insentif lain, baru lah membantu orang ramai”, idea Siti Noraishah, 42 yang merupakan pemandu bas sekolah di Cheras.

Banyak sektor ekonomi telah dibuka kembali dan gelembung pelancongan ke Langkawi memberi nafas baru kepada pemandu teksi dan e hailing untuk ke lapangan terbang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img