spot_img
spot_img

MOU kerajaan – pembangkang, tiada lagi Najib, Zahid, Azmin.

spot_img

Kita telah terlepas kapal masa dengan Muhyiddin dahulu. Akibatnya, kini UMNO ambil alih kapal PM, kata kenyataan Tony Pua yang merupakan setiausaha publisiti nasional DAP dan Anggota Parlimen Damansara dalam satu kenyataan.

Beliau bersyukur kerana ‘bernasib baik’ ada peluang kedua dengan Ismail Sabri, walaupun tidak semanis  kalau merima tawaran Muhyiddin dahulu.

Beliau menyatakan senang hati apabila MOU mengenai ‘Transformasi & Kestabilan Politik’ dimetrai antara kerajaan dan pembangkang, yang merupakan perjanjian keyakinan dan pembaharuan, telah ditandatangani kelmarin.

- Advertisement -

Menurut beliau lagi, pemenang terbesar adalah rakyat. Tony juga mengambil kejayaan itu sebagai kejayaan Pakatan Harapan kerana berjaya meyakinkan PM baru untuk melaksanakan reformasi yang sangat diperlukan. Pembaharuan tersebut disertakan dengan jadual pelaksanaan yang jelas, yang akan diselesaikan pada persidangan pertama tahun depan (2022).

Antara pembaharuan dan dasar tersebut ialah – mengehadkan tempoh PM hingga 10 tahun, sebilangan besar reformasi parlimen utama yang akan memberi Parlimen beberapa kuasa penting, peruntukan kewangan RM45 bilion untuk membantu rakyat Malaysia dan kaedah memerangi COVID-19, menyelamatkan ekonomi Malaysia dan pelaksanaan UNDI 18.

Walaupun kerajaan Ismail Sabri mempunyai majoriti tipis, Perdana Menteri mengambil pendekatan kurang untuk berlawan dengan pembangkang. Dulu, termasuk semasa zaman Muhyiddin, kerajaan tidak ‘beri muka’ langsung pada pembangkang, tambah Tony.

- Advertisement -

Sekarang, tuntutan Pembangkang akan dipertimbangkan dan dimasukkan ke dalam Belanjawan serta rang undang-undang lain yang hendak dibentangkan oleh Kerajaan di Parlimen. Ini sebagai balasan pada pihak Pembangkang untuk menyokong kerajaan hingga habis penggal.

Walaupun begitu menurut Tony, jika sebarang perundingan gagal dilakukan dan pandangan tidak diambil kira, Pembangkang akan bebas memilih untuk menentang rang undang-undang yang bersesuaian.

Dalam menerapkan dasar baru ini, Ismail Sabri belajar dari kesalahan utama Muhyiddin. Menurut Tony, Ismail Sabri tidak menunggu saat-saat akhir untuk menawarkan sesuatu yang baik kepada Pembangkang.

Pada pandangan Tony lagi, ini membantu mengukuhkan kedudukan Ismail Sabri sebagai PM melalui MOU, Perdana Menteri kini berada pada kedudukan yang lebih kuat untuk menolak segala ancaman dan tuntutan oleh kelompok kleptokrat UMNO, yang dipimpin oleh Najib Razak dan Zahid Hamidi, katanya. Tetapi, jika MOU tidak ditandatangani dengan pembangkang, Ismail akan menjadi lemah dan mungkin harus menyerah pada tuntutan kleptokrat.

Dengan MOU yang ditandatangani, Tony berharap Perdana Menteri tidak perlu lagi memperhatikan tuntutan untuk melantik Najib Razak sebagai ‘penasihat ekonomi’ kepada PM. Lebih penting lagi, Ismail Sabri tidak lagi ditekan untuk mengambil langkah-langkah untuk mempengaruhi prosiding mahkamah atau pejabat Peguam Negara untuk menarik balik tuduhan yang belum selesai di mahkamah, termasuk perbicaraan rasuah Najib dan Zahid.

Seperti dendam lama, Tony Pua menggambarkan tidak sabar untuk melihat Najib dan Zahid dipenjarakan.

Lebih menarik lagi, Ismail Sabri juga tidak perlu memenuhi permintaan dari kem Azmin Ali untuk melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri, kerana sebarang ancaman oleh puak Azmin Ali untuk mengacau gabungan pentadbiran ‘kerajaan – pembangkang’ ini tidak lagi berjaya, kata Tony lagi.

Tony Pua menegaskan bahawa MOU tidak bermaksud PH atau dia sendiri menyokong pentadbiran kepimpinan UMNO Ismail Sabri.

Tetapi MOU hanya untuk rakyat mendapat kestabilan untuk menangani COVID-19 dan ekonomi, dan bukannya terus-menerus sibuk dengan percubaan berulang kali untuk merebut kuasa oleh mana-mana pihak yang mengaku memiliki majoriti yang kuat, hebat dan meyakinkan.

Tony Pua berjanji untuk berjuang memperoleh sebanyak mungkin faedah untuk rakyat, dan pembaharuan bagi meningkatkan institusi demokrasi Malaysia.

Beliau juga berazam apabila Parlimen dibubarkan selepas Julai 2022, Pakatan Harapan akan berusaha keras untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang sah.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img