spot_img
spot_img

Bank Islam menjangka ekonomi lebih baik

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ketua pakar ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid meramalkan yang Indeks pengeluaran perindustrian (IPI) Malaysia dijangka meningkat dari September dan seterusnya dengan jangkaan prospek ekonomi yang lebih baik.

Menurut beliau, ini kerana lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan dibuka semula berikutan keputusan kerajaan untuk melonggarkan sekatan.

“Hasil IPI akan bergantung pada sejauh mana pembukaan semula ekonomi. Sejauh ini, pembukaan ekonomi ini cukup baik ditambah dengan program vaksinasi yang berjalan lancar serta ada lebih banyak negeri memasuki fasa berikutnya di bawah Rancangan Pemulihan Nasional, ā€¯katanya kepada Bernama.

- Advertisement -

IPI adalah penunjuk ekonomi bulanan yang mengukur output dan aktiviti sebenar sektor industri seperti pembuatan, perlombongan, dan elektrik.

 

comments

Terkini

spot_img
spot_img