spot_img
spot_img

LLA peroleh kontrak SPR bernilai RM26juta

spot_img

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Subsidari syarikat milik Hubline Bhd, di mana mempunyai pegangan 51 peratus, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA) telah berjaya mengikat kontrak bernilai RM25.67 juta dari Suruhanjaya Pilihan Raya bagi menyediakan perkhidmatan sewa helikopter dan pesawat untuk digunakan semasa pilihanraya negeri Sarawak, menurut laporan dari Bernama.

Hubline, yang merupakan penyedia perkhidmatan logistik udara dan laut serantau, mengatakan jangka masa kontrak adalah dari 26 Ogos 2021 hingga 25 Ogos 2023, kerana ketidakpastian bilakah pilihan raya akan berlangsung kerana wabak Covid19 masih merebak .

Menurut kontrak, LLA akan bertanggung jawab untuk menyediakan helikopter dan pesawat termasuk bekalan dan peralatan, penyediaan pesawat dan kru, dan pelaksanaan jadual dan operasi penerbangan.

- Advertisement -

“LLA juga akan diminta untuk melaksanakan program Latihan dan Pendidikan Profesional untuk usahawan yang berpotensi (PROTEGE) seperti yang ditetapkan oleh kerajaan dan dipersetujui oleh Sekretariat PROTEGE.

“Kontrak ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang positif terhadap pendapatan Hubline untuk tahun-tahun kewangan yang berakhir pada 30 September 2022 dan / atau 30 September 2023,” kata syarikat itu.

LLA adalah salah satu syarikat operasi penerbangan awam terbesar di negara ini, yang menyediakan servis seperti perkhidmatan penerbangan doktor dan kecemasan, tinjauan udara, penerbangan sewaan, dan operasi menyelamat.

- Advertisement -

Ia juga mengendalikan sebuah akademi terbang yang berpusat di Kota Kinabalu, Sabah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img