spot_img
spot_img

Proton SAGA Knight masa depan

spot_img

Memetik portal ENGEAR, konsep Proton Saga Knight dipertontonkan sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-64. Menurut portal tersebut, ia dicipta oleh anak tempatan Saharudin Busri yang merupakan Ketua Rekabentuk Industri di MIMOS Berhad.

Dalam rekaan tersebut yang dilihat dari gambar, Saga Knight mempunyai rekaan moden dan futuristik, sebagai contoh di lampu depan LED yang bertitik yang dihubungkan oleh strip LED memanjang, rekaan bumbung terapung dengan tiang-A hitam, dan lampu LED belakang yang juga mendapat strip nipis memanjang.

- Advertisement -

Menariknya, elemen retro pula termasuklah gerbang roda yang bersegi, grafik merah oren pada sisi badan terus menunjukkan ia sebuah Saga Knight, dan lencana Proton di depan yang menyala dengan lampu. Memang ikonik dan mengimbau kenangan bila lihat lencana Proton yang asal ini.

Untuk bahagian dalam, Saharudin bekerjasama dengan sebuah syarikat jam tempatan, Artwist, dimana beliau menggunakan tema merah dan hitam. Rekaan ini diambil dari model edisi khas kumpulan Wings, satu sentuhan menarik.

- Advertisement -

Dalam model tiga-dimensi penuh kali ini, dapat dilihat juga kabinnya menggunakan paparan digital sepenuhnya untuk kluster instrumen dan unit infotainmen. Paparan ini terdiri dari beberapa skrin berwarna definisi tinggi yang disusun melintang, malah penumpang depan juga mendapat skrin sendiri.

Di konsol tengah bahagian bawah, terdapat satu skrin yang kami rasa untuk kawalan pendingin hawa, juga digital. Kawalan fizikal hanyalah pada beberapa butang dan tombol yang disusun dalam bentuk bulatan.

Kami juga sukakan sentuhan pada roda stereng dimana Saharudin mengambil rekaan dari Proton Saga asal, cuma mungkin warna dan bahannya lebih moden.

Menurut Saharudin, dia memilih kereta Proton Saga kerana ia pernah menjadi ikon dan kebanggaan negara suatu masa dulu.

“Sempena Hari Kemerdekaan ini, saya rasa sangat sesuai untuk segarkan semula rekaan Saga lama menjadi lebih moden dan sesuai dengan trend masa kini,” kata Saharudin.

Sumber : https://engear.tv (Amirul Hazmi)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img