spot_img
spot_img

Jepun bakal ada Perdana Menteri baru

spot_img

TOKYO (3 Sept): Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada hari Jumaat lepas mengatakan dia akan mengundurkan diri, membuka peluang untuk perdana menteri baru setelah tempoh satu tahun yang merudum akibat wabak COVID-19. Suga menjadi tidak popular dan sokongan rakyat turun dengan drastik terhadap pentadbiran beliau.

Suga, yang mengambil alih tugas Perdana Menteri setelah Shinzo Abe mengundurkan diri pada September lalu, kerana kesihatannya pula merosot, menyaksikan tahap sokongan kepadanya merosot di bawah 30% ketika negara berjuang dengan gelombang jangkitan COVID-19 menjelang pilihan raya umum tahun ini.

Keputusan Suga pada hari Jumaat lepas untuk tidak mencalonkan diri dalam pemilihan Parti Liberal Demokratik (LDP) pada bulan September bermaksud parti itu akan memilih pemimpin baru, yang akan menjadi perdana menteri.

- Advertisement -

Sebelum ini, Abe – perdana menteri paling lama berkhidmat di Jepun, dengan tempoh lapan tahun – negara itu telah melalui enam perdana menteri dalam beberapa tahun sebelum ini, termasuk tempoh satu tahun pertama Abe yang menghadapi pelbagai cabaran.

Niaga hadapan Nikkei Jepun secara purata melonjak 2% dengan pantas setelah media melaporkan m Suga tidak akan meneruskan lagi jawatan Perdana Menteri, sementara Indeks Topix yang lebih luas, meningkatkan keuntungan dan mencapai tahap tertinggi sejak tahun 1991 berikutan berita itu.

“Saya ingin fokuskan perhatian pada coronavirus, jadi saya memberitahu mesyuarat eksekutif LDP bahawa saya telah memutuskan untuk tidak mencalonkan diri dalam perebutan kepemimpinan parti,” kata Suga kepada wartawan.

- Advertisement -

“Ada banyak kerja dan usaha yang diperlukan untuk mengatasi koronavirus dan pentadbiran negara,” tambahnya. “Saya menilai bahawa saya tidak dapat melakukan kedua-duanya serentak dan saya harus menumpukan perhatian pada salah satu darinya sahaja.”

Suga berucap di depan wartawan lebih kurang dua minit di pejabatnya dan meninggalkan tempat walaupun soalan diasak untuk penjelasan lebih lanjut. Dia mengatakan akan mengadakan sidang akhbar awal minggu depan.

Perletakkan jawatan itu mengakhiri ketidaktentuan di mana Suga menarik semua projek yang terkendala untuk menyelamatkan pekerjaan, dan cadangan bahawa dia akan memecat sekutu jangka panjangnya yang merupakan setiausaha agung parti, merancang untuk mengadakan pemilihan parti segera dan merombak eksekutif parti serta kabinetnya.

Pegawai Parti Demokratik Liberal (LDP) mengatakan Suga akan menamatkan penggalnya sebagai presiden, yang bermaksud dia akan tetap bertahan sehingga penggantinya dipilih dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada 29 September ini.

Pemenang pemilihan kali ini akan mendapat majoriti wakil parti LDP di Dewan Rendah Rakyat. Kerajaan telah mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 17 Oktober.

Fumio Kishida, bekas menteri luar negeri, akan bertanding merebut jawatan ketua parti. Pada hari Khamis lepas, Kishida mengkritik cara menangani wabak koronavirus oleh pentadbiran Suga dan mendesak pakej perangsang yang baik untuk memerangi wabak tersebut.

“Kishida adalah paling popular buat masa ini tetapi itu tidak bermakna kemenangannya terjamin,” kata Koichi Nakano, profesor sains politik di Universiti Sophia.

Nakano berkata, Menteri Pembaharuan Pentadbiran yang terkenal, Taro Kono boleh mencalonkan diri jika mendapat sokongan daripada pemimpin partinya, Menteri Kewangan Taro Aso, sementara mantan menteri pertahanan Shigeru Ishiba juga dapat mencalonkan diri.

Tidak seperti tahun lalu, ahli akar umbi LDP akan memilih bersama dengan anggota parlimen parti itu, yang membuatkan pemilihan pemimpin parti lebih sukar untuk diramalkan. Ahli Parlimen baru, yang takut kehilangan kedudukan mereka, mungkin berhati-hati mengikuti perintah ketua mereka.

Gabungan yang dipimpin LDP dijangka tidak kehilangan majoriti di Dewan Rendah, tetapi ramalan menunjukkan bahawa parti Suga akan kehilangan majoriti yang dipegangnya sendiri, hasil yang akan melemahkan sesiapa sahaja yang memimpin LDP.

“Harga saham meningkat berdasarkan pandangan bahawa kemungkinan LDP tidak akan kalah di dalam pilihan raya umum kerana ada calon selain Suga boleh kembali popular dan memimpin,” kata ahli ekonomi yang senior di Daiwa Securities Toru Suehiro.

Gambaran Suga sebagai ahli politik yang licik yang mampu mendorong reformasi dan menghapuskan birokrasi yang kuat menyebabkan sokongan kepadanya meningkat ke 74 peratus ketika dia memegang jawatan.

Pada mulanya, janji populis seperti harga telefon bimbit yang lebih rendah dan insurans untuk rawatan kesuburan disanjung oleh rakyat Jepun.

Tetapi mengeluarkan kenyataan yang mengkritik panel penasihat kerajaan dan berkompromi dengan ‘kroni’ mengenai dasar kos penjagaan kesihatan bagi orang tua, mula menimbulkan kritikan.

Kelewatan Suga menghentikan program pelancongan domestik “Go To” – yang menurut para pakar mungkin adalah faktor utama penyebaran wabak koronavirus ke seluruh Jepun. Rakyat Jepun juga merasa bosan dengan keadaan darurat yang berterusan dan merugikan perniagaan.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img