spot_img
spot_img

Kes saya tak sama dengan Syed Saddiq

spot_img

Kuala Lumpur : Tan Sri Shahrir Samad hari ini telah hadir ke pengurusan kes SPRM dibawah AMLA.

Ianya diadakan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi. Beliau perlu hadir sebagai OKT (Orang Kena Tuduh) dan duduk ditempat khas untuk OKT ketika kedua-dua pihak, iaitu Timbalan Pendakwa Raya dan peguambela, berhujah dalam pengurusan kes tersebut.

Di dalam mahkamah, banyak persoalan teknikal yang telah dibicarakan seperti dokumen dan fakta yang boleh dipersetujui bersama. Namun tiada persetujuan di dalam perkara ini. Antara lain :

- Advertisement -

– kenyataan pihak pendakwaan tentang perkara yang menyebelahi OKT. Akan disiapkan oleh pendakwa dalam masa 2 minggu

– kenyataan bertulis oleh pegawai penyiasat SPRM yang tidak diberi kepada peguam Tan Sri Shahrir. Akan disediakan

Apa yang menarik ialah ada seseorang yang tidak dikenali bertanya kepada beliau, adakah kes AMLA terhadap ini sama seperti kes terhadap Syed Saddiq?

- Advertisement -

Tan Sri Shahrir sendiri menjawab bahawa ianya berbeza.

Beliau dituduh dibawah AMLA kerana tidak mengisytihar dana yang  diterima dari DS Najib, Presiden UMNO dan PM ketika itu, kepada pihak LHDN.

YB Syed Saddiq pula dituduh bawah AMLA kerana jenayah pecah amanah (CBT) dana politik.

Menurut Tan Sri Shahrir lagi, duit yang beliau terima adalah untuk mengganti duit yang telah dibelanjakan untuk menyiapkan projek perumahan setinggan yang terbengkalai.

Manakala duit yang Syed Saddiq terima didakwa telah dimasukkan ke akaun ASBnya sendiri.

Tambah Tan Sri Shahrir lagi, kes Syed Saddiq lebih kurang macam kes Mas Ermieyati yang mengeluarkan lebih RM5.2 juta dari akaun Puteri UMNO sehingga tinggal baki hanya RM996.68.

Kata Tan Sri Shahrir yang memetik bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefah Koya, kes Mas Ermieyati pada masa itu, masih belum dimuktamadkan.

Tan Sri Shahrir secara sinis di dalam facebooknya berkata  “saya rasa, jangan harap sangatlah”, kepada kes Mas Ermieyati akan dihadapkan.

Untuk rekod, kini Mas Ermieyati adalah timbalan menteri JPM yang menjaga undang-undang.

Mungkin apa yang cuba disampaikan okeh veteran politik itu bahawa semua kes-kes ini adalah bermotifkan politik. Beliau mengakhiri kenyataannya dengan hashtag #MahkamahBentengKeadilan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img