spot_img
spot_img

Jual atau maintain kereta lama ?

spot_img

Sampai bila kita boleh maintain kereta kita ?.

Bergantung juga pada citarasa masing-masing, tetapi usia dan jarak tempuh kilometer yang tinggi menjadikan kenderaan seperti lama semakin tidak diingini untuk dimiliki dan susah untuk menjualnya.

Masalah berhenti di tepi jalan dan lawatan sering ke bengkel membuatkan poket ‘sakit’.

- Advertisement -

Sebilangan kerosakan komponen sememangnya sangat mahal sehingga pembaikan didapati lebih mahal daripada harga kereta. Menggantikan pengecas turbo untuk enjin adalah contoh biasa di mana tinggi akan kosnya.

Untuk mengelakkan masalah ini, ada baiknya menjual kereta tepat pada waktunya. Tetapi bila masa yang sesuai untuk menjual. Mungkin ada sentimental value pada kenderaan tersebut, dan bagaimana anda akan tahu bilakah masanya sudah tiba?

Tidak ada jawapan yang tepat untuk soalan ini, kata pakar Carsten Kuerten, yang menjalankan bengkel pembaikan besar di kota Cologne di Jerman. “Setiap kenderaan sangat berbeza dan bergantung pada jenis kenderaan, pengeluar atau enjin yang dipasang.”

- Advertisement -

Walaupun sebuah kereta kecil mungkin telah usang setelah menempuh jarak 80,000km atau 90,000km, tetapi ada sebuah sedan diesel yang besar dari pengeluar berjenama seperti Mercedes Benz atau Toyota boleh terus berjalan lebih dari 200,000km tanpa masalah.

Cara memeandu kenderaan juga memainkan peranan yang penting.

Kenderaan yang sering dipandu dengan kelajuan sederhana dalam perjalanan yang panjang akan bertahan lebih lama daripada pemanduan untuk perjalanan bandar yang singkat, kerap berhenti dan bergerak. Ini kerana perjalanan lebuh raya biasa memberi masa kepada minyak untuk panas dan beredar dengan baik di dalam enjin, mengelakkan kemungkinan kerosakan dan kehausan. Hack Konstantin Auto Club Europa (ACE) mengatakan bahawa tidak ada peraturan atau waktu yang tepat untuk menjual kenderaan: “Anda tidak boleh menyebut had umur di mana maintain menjadi lebih mahal daripada menjual atau sebaliknya.”

Hack mencadangkan kitaran lima tahun sebagai panduan kasar.

“Sudah diketahui bahawa sebuah kereta baru kehilangan nilai pasaran terbanyak dalam masa tiga tahun pertama, tetapi keluknya berubah dan keputusan untuk mengekalkan atau menjual muncul pada tahun kelima.”

Petunjuk lain adalah “peraturan 50%”, yang menasihatkan bahawa apabila pembaikan berharga 50% dari nilai kereta, inilah masanya untuk menggantikan kereta baru.

Kereta dengan jarak lebih dari 100,000km di odometer sering dilihat oleh pemilik dan pembeli sebagai lebih usang daripada yang sebenarnya. “Ini adalah psikologi semata-mata” kata Hack. “Ini menjelaskan mengapa penjual pada umumnya akan mendapat untung lebih sedikit untuk sebuah kereta yang memepunyai jarak tempuh kilometer yang rendah”.

Pengguna akan kurang berminat dengan kereta yang mempunyai jarak lebih dari 100,000 km walaupun benar-benar berjalan lancar. Ini menjadikan model sukar dijual secara peribadi.

Mereka yang memilih untuk tetap menggunakan kereta yang lebih lama mungkin berubah pendirian, kerana keadaan selalunya buruk sebelum diperbaiki. Apabila pembaikan besar selesai, bertahun-tahun pemanduan lancar pula dinikmati. Jadi rasa sayang dan klasik itu muncul.

Sudah tentu tidak ada jaminan bahawa semua komponen elektronik akan berfungsi baik atau perlu diganti. Hanya sebilangan pemilik mengalami nasib buruk. Pakar Cologne juga mengingatkan kereta lama BMW 5 Series yang telah berusia 10 tahun walaupun dijaga dengan baik, yang mempunyai jarak 170,000km boleh mempunyai kerosakan yang teruk.

Pemilik tentu saja dapat melihat penggantian kereta dari perspektif hijau dan lestari. Sebenarnya lebih elok untuk menyimpan kereta lama di jalan raya, dengan syarat kos perjalanan tidak terlalu tinggi.

Lagipun, pembuatan kenderaan baru memberi kesan yang lebih besar kepada alam sekitar dari segi pertambahan pencemaran, lebih baik maintain sahaja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img