spot_img
spot_img

Berjaya operator hotel terbesar di Iceland

spot_img

KUALA LUMPUR (24 Ogos): Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corp Bhd (BCorp) Abdul Jalil Abdul Rasheed hari ini berkata kumpulan yang mempunyai pelbagai portfolio perniagaan itu melalui anak syarikat Berjaya Land Bhd kini menjadi pengendali hotel terbesar di Iceland dengan 1,471 bilik di 14 buah hotel di Iceland di bawah pelbagai jenama dan industri hotel Iceland bangkit dengan cepat selepas sekatan pergerakan Covid-19 tamat.

Abdul Jalil mengatakan dalam posting Twitter hari ini bahawa sektor perhotelan global telah melalui masa yang mencabar selama 18 bulan terakhir ketika industri ini menghadapi sekatan pergerakan akibat wabak.

“Hampir tidak ada pendapatan bagi hotel tetapi masih perlu membayar kos-kos tetap.

- Advertisement -

“Walaupun kebanyakan hotel di luar negara mengalami nasib yang sama, beberapa hotel di negara seperti Iceland telah bangkit dengan cepat kerana sekatan pergerakkan (Covid-19) telah tamat,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img