spot_img
spot_img

Bagaimana Nasib Akar Umbi Bersatu ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang kesembilan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu lagi tamparan kepada parti Bersatu. Masa depan parti yang setahun jagung ini menjadi teka teki. Ada yang berkata Bersatu bakal terkubur seperti parti politik Semangat 46 .

Sumber dari akar umbi Bersatu, dari kumpulan whatsapp kepimpinan-kepimpinan bahagian Bersatu mengatakan bahawa Presiden Bersatu yang nama jolokannya ‘abah’ tidak berjaya memperkasakan parti, malahan telah menaikkan semula UMNO yang telah kalah pada pilihanraya umum lalu.

“Bersatu bertukar menjadi platform bagi orang politik untuk mengambil kesempatan menidakkan suara rakyat yang mengundi pada PRU14 lalu. Pemimpin Bersatu harus bertanggungjawab apabila dua Perdana Menterinya telah meletak jawatan. Bukan itu sahaja, Menteri Besar Bersatu di Johor bertukar dua kali dan sekali digulingkan di Perak. Ini sangat melambangkan kelemahan kepimpinan”, ujar salah seorang ketua bahagian Bersatu di dalam kumpulan whatsapp tersebut.

- Advertisement -

Menurut sumber, apa yang akar umbi Bersatu harapkan adalah perubahan kepimpinan yang lebih baik dan mempunyai roh sebenar perjuangan Bersatu.

Mereka mencadangkan nama seperti Datuk Seri Faizal Azumu (Timbalan Presiden),  Datuk Wan Saiful Wan Jan (Ketua Penerangan) atau Datuk Seri Redzuan Yusof (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi) untuk menerajui Bersatu. Jelas mereka lagi, pemimpin-pemimpin yang disebut itu adalah pejuang Bersatu tulen yang bersama-sama mengharungi kepayahan di masa penubuhan parti. Kebanyakan pemimpin atasan Bersatu, terutamanya ahli parlimennya kini adalah mereka yang melompat setelah bertukarnya kerajaan sewaktu pilihanraya ke 14 lalu.

Di dalam kumpulan whatsapp itu juga berkata, jika Timbalan Perdana Menteri tidak diberikan kepada Bersatu dengan pemimpin yang lebih mengutamakan parti berbanding jawatan sendiri, maka akan lebih ramai ahli-ahli Bersatu akan menyertai Parti Pejuang, yang diasaskan oleh Tun Mahathir.

- Advertisement -

Tetapi kumpulan itu juga mempersoalkan adakah Tan Sri Muhyiddin akan mendengar suara-suara mereka ? Menurut kumpulan itu lagi, keputusan Presiden seperti biasa akan dipengaruhi kuat oleh ‘penasihat-penasihat’ rapat beliau. Jadi mereka mengingatkan sesama mereka bahawa jangan terlalu mengharap akan berlakunya perubahan.

Ada juga di dalam kumpulan whatsapp tersebut, mencadangkan Setiausaha Agung Bersatu , Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri bagi mengukuhkan Bersatu dalam mengharungi pilihanraya yang ke 15 kelak. Namun ia akan memberi satu lagi cabaran kepada Bersatu apabila ingin berunding kerusi dengan UMNO kerana Hamzah telah dilabel sebagai pengkhianat pada parti UMNO yang beliau wakili semasa bertanding di pilihanraya umum ke 14 yang lalu.

Datuk Seri Azmin Ali juga dikatakan akan dijadikan calon Timbalan Perdana Menteri oleh Bersatu, melalui risikan. Beliau mempunyai lingkungan politik yang baik disebalik skandal-skandal yang ditimbulkan. Besan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, juga tanpa Azmin, Tan Sri Muhyiddin tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri ke 8 semasa ‘Langkah Sheraton’.

Nasib akar umbi Bersatu masih menjadi teka-teki. “Parti yang menang, kini memberi sokongan kepada parti yang kalah.. salah siapa ?”. Ungkapan akhir dari salah seorang ahli Bersatu dalam kumpulan whatsapp itu yang wajar untuk seluruh kepimpinan mereka renungi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img