Cloud Vision Technology Sdn Bhd telah dilantik oleh Alibaba Cloud, tulang belakang teknologi digital dan kepintaran Alibaba Group, sebagai pengedar rasmi di Malaysia.
Cloud Vision Technology mengkhususkan diri dalam pengedaran penyelesaian IT inovatif, meliputi bidang teknologi untuk setiap bahagian infrastruktur IT perniagaan. Sebagai pengedar yang sah di Malaysia untuk Alibaba Cloud, Cloud Vision Technology bertujuan untuk memperluaskan penggunaan Alibaba Cloud dan memberi penyelesaian penuh kepada rakan kongsi dan pelanggan di seluruh negara.
Menurut Cloud Vision Technology, mereka yakin bahawa kekuatan teknologi inovatif akan dapat mendorong perniagaan ke tahap yang baru. Perkongsian ini akan memberi organisasi-organisasi di Malaysia lebih akses yang mudah ke penyelesaian pengkomputeran awan yang besar, selamat dan boleh dipercayai. Dengan kepakaran tempatan dan pemahaman mendalam tentang pasaran, Cloud Vision Technology berusaha untuk menawarkan permulaan kepada pelanggan mereka untuk mengubah perniagaan mereka dengan memperoleh kehebatan pelbagai teknologi cloud Alibaba
Servis Alibaba Cloud ini membolehkan organisasi memindahkan bebanan kerja mereka dari premis ke persekitaran awan (cloud) sambil memastikan akses mudah kepada pekerja-pekerja di mana sahaja mereka berada, sama ada dari pejabat atau dari rumah. Ia penting terutama dalam pengaturan kerja-dari-rumah semasa wabak Covid 19 kini. Ini akan membantu memperkasakan perniagaan dari semua peringkat, memberikan fleksibiliti dan kekuatan untuk meningkatkan sumber IT & Perkhidmatan mereka dengan melibatkan kos yang kecil.
Menurut Cloud Vision Technology, mereka yakin dalam perniagaan ini kerana dapat membantu Alibaba Cloud menjangkau lebih banyak organisasi melalui pelanggan mereka, membantu para pelanggan menguasai digitalisasi semasa pandemik ini dan pada masa yang sama, membolehkan mereka mencapai tahap kreativiti, inklusif, dan keberhasilan yang baru, yang didukung oleh teknologi pengkomputeran awan.
Fokus utama Alibaba Cloud di Malaysia pada masa depan adalah membangunkan rangkaian rakan ekosistem pelanggan setia mereka, sehingga semua akan dapat membuat hasil win-win dalam lebih banyak projek dilaksanakan.
Ditubuhkan pada tahun 2009, Alibaba Cloud (alibabacloud.com), merupakan tulang belakang teknologi digital dan kepintaran Alibaba Group, adalah antara tiga penyedia IaaS teratas di dunia, menurut Gartner. Ia juga merupakan penyedia perkhidmatan awan awam terbesar di China, menurut IDC. Alibaba Cloud menyediakan rangkaian perkhidmatan pengkomputeran awan yang komprehensif kepada perniagaan di seluruh dunia, termasuk peniaga yang menjalankan perniagaan di pasaran, syarikat permulaan dan perkhidmatan awam. Alibaba Cloud adalah Rakan Perkhidmatan Awan rasmi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.